"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyidin tak tahu ke berjuta ringgit pasir Johor terjual?

amkns
Laporan akhbar The Star 24 June 2010 mendakwa bahawa pasir bernilai jutaan ringgit telah secara haram dikeluarkan dari Sungai Johor. Dan ini telah berlaku sejak 3 tahun yang lalu. Penyiasat The Star mendapati pasir tersebut dijual ke Singapura. Siap dengan peta terperinci lagi macam mana pasir Johor ini dibawa keluar. TPM kata Khalid tak mampu urus isu curi pasir, nampaknya kena batang hidung TPM sendiri.

Adakah penyiasat akhbar The Star lagi cekap dari Polis Malaysia dan SPRM ?

**************

KHALID TAK MAMPU URUS ISU CURI PASIR: TPM

Berita Harian 14 Julai 2010

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan isu kecurian pasir yang semakin meruncing di Selangor amat membimbangkan kerana khazanah alam sekitar dirosakkan dengan rakus atas kepentingan peribadi, sekali gus membuktikan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mampu menguruskan isu itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu sangat serius dan seperti terabai tanpa diambil tindakan tegas oleh kerajaan negeri serta seolah-olah ada pihak bersubahat atau mungkin berlaku elemen rasuah. “Bagi saya, soal (isu kecurian pasir) yang agak mudah tetapi menjadi rumit hanya kerana tidak mahu mengambil tindakan tegas... hentikan perkara itu, tangkap saja siapa yang membuat kesalahan dan hukum kerana (kerajaan negeri Selangor) kata kerajaan mereka bersih. “Apabila tindakan tidak dilakukan bermakna subahat. Ia perkara yang agak mudah, mengapa tidak ambil tindakan. Bukan hendak bincang dalam dewan negeri tetapi tindakan tegas pihak kerajaan negeri.

“Jelas, kerajaan Abdul Khalid macam tidak mampu menguruskan perkara sebegitu. Dia ada penasihat... dia pakar. Datuk Seri Anwar Ibrahim penasihat kerajaan negeri, tetapi dia tidak tahu hendak urus soal pasir,” katanya.


Baca selanjutnya
di sini

***************************

The Star Thursday June 24, 2010

SAND PIRATES: MILLIONS FLOATED OUT OF THE COUNTRY VIA SUNGAI JOHOR

JOHOR BARU: Sand worth millions of ringgit is being illegally “floated” out of the country daily via Sungai Johor here. And this has been going on for the past three years.

A Starprobe team investigating this lucrative trade found that the sand ends up in Singapore, despite a ban on sand export imposed by the Malaysian Government.

Sand extraction is a common sight along the river as mining syndicates illegally transport millions of tonnes of sand, even on weekends and public holidays, via Danga Bay and Port of Tanjung Pelepas.

The culprits use barges to pass through the international waters from Kota Tinggi and Ulu Tiram before arriving at local ports for shipment to Singapore.

Baca selanjutnya di sini

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh kita bertukar2 link. datangla ke blog saya http://malaysia-post.blogspot.com/ terima kasih