“Saya nak solat Asar dan semasa saya nak ambil sejadah yang berlipat di atas meja dalam bilik, saya dapati sejadah itu sudah berada di atas lantai dalam keadaan berdiri mengadap kiblat,” kata Ramlah Md Shariff, 48.
Menurutnya sejadah itu sudah digunakan sejak 20 tahun lepas.
“Pada mulanya saya tidak percaya perkara itu dan bertanyakan pada dua anak saya Nurul Ain Rohaimi, 19, dan adiknya Nor Anis Aishah, 11, sama ada mereka yang melakukan perkara tersebut.
“Namun mereka menafikannya,” katanya kepada Bernama.
Beliau berharap kejadian aneh tersebut merupakan kejadian yang elok di dalam bulan puasa ini.
Nurul Ain berkata beliau turut terkejut dengan kejadian tersebut.
“Saya tergamam dan sempat merakamkan gambar melalui telefon bimbit saya keadaan sejadah tersebut,” kata pelajar Politeknik Kota Melaka itu.
Imam Masjid Nur Hidayah di taman berkenaan, Sabry Leman menyifatkan kejadian itu sebagai petunjuk kebesaran Allah kepada umatnya.
“Kejadian ini juga untuk mengingatkan umat Islam supaya jangan tinggal solat,” katanya.
Beliau berkata beliau akan melaporkan perkara tersebut kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
Semasa dikunjungi Bernama di rumah tersebut, didapati sejadah tersebut masih berdiri.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan