Sofi Wahab
Riuh 1Malaysia YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang masuk surau dan memberikan 'tazkirah'. Sedangkan perkara sebegini sudah lama dilakukan oleh YB-YB dari MCA di Melaka ini sejak dari dahulu. Tetapi media mensensasikan cerita ini seolah-olah ianya suatu kesalahan yang amat berat dan besar sedangkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir sendiri memberikan komen bahawa ianya tidak wajar dilakukan bukanlah sampai ke tahap kesalahan yang berat dan dahsyat.
Jawatankuasa Surau pula diambil tindakan sehingga mereka digantung dari jawatan.
Saya sendiri dihubungi oleh seorang yang mengaku ahli PAS yang cukup kesal dengan kejadian ini. 'Kawan' kita juga seolah-olah menuduh yang perkara itu dilakukan oleh PAS sehingga beliau menuding jari kepada PAS dengan katanya janganlah oleh kerana hendakkan undi prinsip digadaikan.
Pelik bunyinya kerana yang menjemput untuk masuk dan memberikan ceramah di surau itu bukannya pimpinan PAS atau ianya program PAS, mengapa ianya hendak dikaitkan dengan PAS. Mengapa ketikan YB-YB MCA masuk surau dan masjid ia tidak dikaitkan dengan Umno.???
Dari percakapannya jelas 'kawan' kita itu sebenarnya cuba memprovokasi saya dengan bertanyakan pandangan saya tentang isu itu. Dari pandangan dan percakapannya saya dapat mengagak siapa sebenarnya 'kawan' itu. Tak payahlah layan 'orang' macam itu .....cari makan beb.
Bagi isu ini akan disensasikan bagi menutup isu-isu lain yang lebih besar. Ianya akan terus dipolitikkan bagi tujuan politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan