"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Skandal MB Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dan Hawa binti Abdul Rahman

Taf4
KUALA TERENGGANU: Siapakah seorang perempuan yang bernama Mek Hawa di sisi Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, yang cukup istimewa nasibnya?

Ahli dan penyokong PAS mungkin tidak mengetahui dan mengenali tentang Mek Hawa yang istimewa ini kerana semakan dibuat sehingga kini, Mek Hawa bukan ahli mahupun penyokong PAS.

Oleh yang demikian, mestilah Mek Hawa ini seorang yang benar-benar istimewa di sisi Ahmad Said.

Kalau Mek Hawa tidak istimewa takkan Ahmad selaku Menteri Besar Terengganu menganugerahkan Mek Hawa projek bernilai hampir RM8 juta.

Mek Hawa Dapat Projek Membekalkan Baju Sekolah

Sekitar bulan November 2008, sebuah syarikat bernama Hamie Enterprise telah menghantar surat secara terus kepada Menteri Besar Terengganu, menyatakan ia adalah sebuah syarikat yang membekalkan pakaian sekolah dengan jenama 'Ganu Kita'.

Dalam surat tersebut, tidak pula dinyatakan bahawa Hamie Enterprise memohon untuk membekalkan pakaian sekolah kepada pihak kerajaan negeri.

Namun surat Hamie Enterprise yang ditandatangani oleh penama Hamie Azreen bin Ami Nordin telah diperkenankan oleh Menteri Besar untuk menjadi syarikat yang membekalkan pakaian sekolah.

Bahkan, walaupun waktu itu sudah bulan November (hujung tahun), Ahmad dilaporkan memilih Hamie Enterprise secara rundingan untuk membekalkan pakaian sekolah bagi tahun 2008 juga.

Berdasrkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Hamie Azreen bukanlah pemilik ataupun rakan kongsi Hamie Enterprise ketika ia ditubuhkan pada tahun 1994. Hamie Enterprise adalah syarikat perniagaan tunggal Mek Hawa binti Abdul Rahman

Hamie Azreen hanya dimasukkan sebagai rakan kongsi pada 6 Januari, 2008 dan kemudiannya meninggalkan Hamie Enterprise pada 26 Ogos, 2008. Menurut rekod Hamie Azreen meninggalkan syarikat tersebut adalah kerana menarik diri.

Namun dari tarikh-tarikh diatas menunjukkan Hamie Azreen digunakan sebagai penama untuk tujuan memperolehi projek membekalkan baju sekolah sebagaimana yang diluluskan pada 31 November, 2008.

Pakaian Sekolah Tidak Habih Diagihkan

Apabila diluluskan oleh Menteri Besar, Mek Hawa binti Abdul Rahman sebagai pemilik tunggal syarikat Hamie Enterprise telah mendapat tender membekalkan pakaian sekolah kepada 53,300 orang pelajar sekolah bernilai RM7,995,000.00.

Oleh kerana keputusan tergesa-gesa yang dibuat pada hujung tahun, perbelanjaan sebesar itu yang sepatutnya ditender oleh kerajaan negeri telah diberikan begitu sahaja secara rundingan.

Maka, Mek Hawa pun kerana kesuntukan masa dilaporkan telah membuat pembelian pakaian seragam sekolah dan peralatan tersebut dari negeri China, tanpa membuat rujukan sebenar kepada keperluan pakaian dan peralatan sekolah menurut saiz secara terperinci.

Akibatnya, sehingga kini, walaupun sudah berlalu hampir dua tahun, pakaian sekolah termasuk stokin dan kasut masih 'bertambung-tambung' tidak habis diagih-agihkan kerana saiz yang tidak sesuai.

Menurut laporan setelah semakan dibuat oleh Pejabat Pelajaran Hulu Terengganu sahaja, setelah hitungan semula pada 5 Oktober, 2009, mengesahkan stok yang masih ada dalam stor pejabat pelajaran daerah tersebut adalah seperti berikut;

Kasut - 5402 pasang
Seluar Panjang - 5066 helai
Kemeja Lengan Pendek - 4222 helai
Baju Kurung Putih - 4415 helai
Kain Sarung Biru - 936 helai
Tudung - 2910 helai


Lebihan pakaian dan peralatan sekolah yang tidak habis diagih-agihkan itu dilaporkan kini berada dalam Dwan Badminton berhampiran kediaman rasmi Menteri Besar

Pembaziran tersebut bukan sahaja telah dipersoalkan oleh wakil-wakil rakyat PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri sejak sesi lalu, malah wakil-wakil kerajaan juga mempersoalkan justifikasi Ahmad menganugerahkan projek tanpa tender bernilai RM7,995,000.00 kepada Hamie Enterprise.

Asakan yang datang bukan sahaja dari pembangkang, malah dari ADUN Umno sendiri telah menyebabkan Ahmad Said naik darah dan bersumpah pada Sidang DUN lalu.

Katanya segala projek yang dilakukan oleh kerajaan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan semuanya dilakukan adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata.

"Saya merasa sedih apabila ada wakil rakyat mempersoalkan mengenai pemberian kurma dan air zam-zam, malah ada andaian berlaku penyelewengan.

"Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat," katanya.

Ahmad berkata bahawa bungkusan kurma yang diagihkan kepada rakyat Terengganu dengan kos RM20 adalah berpatutan dan tidak ada sebarang penyelewengan dalam pemberian kontrak pembelian tiga jenis kurma dan air zam-zam itu.

Beliau mengulas mengenai soal pengagihan air zam-zam dan kurma yang dibangkitkan oleh Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) dalam sesi perbahasan bajet semalam.

Sepanjang persidangan tiga hari Disember lalu, antara persoalan yang dibangkitkan ialah mengenai pemberian kontrak melombong bijih besi di Bukit Besi, kontrak pemberian baju sekolah kepada pelajar miskin dan dasar rundingan terus yang dilakukan oleh kerajaan dalam soal pembaikan dan penurapan jalan.

Namun benarkah Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu telus dalam pemberian kontrak dan projek???

Kalau benar, mengapa Mek Hawa tiba-tiba boleh mendapat 'kurniaan' balak pula seluas 1,200 hektar pula??

Mek Hawa Dapat Balak Pula.....????

Laporan asal:
Buletinonline

Tiada ulasan: