Ustaz Saiful Bahri
Riuh seantario apabila media memainkan isu bahawa kerajaan Pas Kelantan mendapat derma sebanyak 4 billion. Fuhhh banyak tu. 10 tahun memerintah Kelantan pun tak tahu dapat ke tak jumlah sebanyak itu. Gempar dibuatnya.
Bagi orang Pas memang tak masuk dalam kepala pun isu macam ni. Sebab kita tahu pendokong Pas yang menjadi tulang belakang adalah fuqara dan masakin. Kalau benar orang nak bagi derma pun, mereka buat sembunyi2. Yelahh! Ini kan kerajaan Malaysia. Umno-Bn bukan boleh senang tengok orang senang.. dengki le. Apatah lagi usaha untuk mencalarkan imej Tok Guru dan Kerajaan Pas di Kelantan berterusan.
Tetapi berita sebegini bagi orang UMNO.. terbeliak bijik mata. Sebab hidup mati UMNO ni dengan duit. Itulah nyawa mereka. Itulah zikir mereka siang dan malam. Malaysia dah licin jadi macam lapangan terbang ni kerana pemimpin UMNO saling sibuk berebut untuk menggondolkan harta rakyat le. Sebut duit .. ternganga le mulut mereka. Melelh air liuq. Masuk biawak dalam kerongkong pun tak sadar. Bukan sikit pulak tu.. 4 billion.
Hah.. sedang PR dok mempersiapkan diri menghadapi PRU-13. Bersiap menuju ke Putrajaya. UMNO pun dok bercawat-gotel nak mempertahankan survival mereka… alih-alih ada orang nak bagi duit kat Pas 4 Billion. Mana tidak terkejut beruk deme. Berhenti nafas kat halqum agaknya. Awal-awal mereka dok rasa kena siap kain kapan awal-awal. Kalaulah mereka berlawan dengan Pas selama ini berjuta mereka tabor, sedang Pas bersenjatakan air-liur berceramah kehulu kehilir menggalas speaker. Disokong bersama para pendokong yang ikhlas tidak berbayar tetapi berjihad bagi menegakkan islam diatas mukabumi ini… inikan pula kalau berduit berjuta malah berbillion. Baik pemimpin UMNO beli tiket awal-awal lari ke Australia.
Bukan main lagi hulubaya UMNO menyuruh supaya disiasat hatta ke lubang biawak siapa yang nak bagi derma tu. Apa ke berniaga syarikat IDA World Group Sdn Bhd (IDA World) tu. Siapa dia pemiliknya? Cepat-cepat supaya PDRM & SPRM menyiasat. Tak cukup itu dikerah juga Jabatan Hasil menyiasat syarilat tersebut bayar income-tax ke tidak?
Hihihi… nak tergelak pun ada. Itu baru replika. Kalau cek betul-betul macamana? Naik sawan kot!
Kelantan cuma dapat replika cek RM4 bilion
KOTA BHARU: Hanya replika cek dengan angka RM4 bilion, diserah kepada Kerajaan PAS Kelantan oleh syarikat yang mendakwa mendapat kebenaran membangunkan kawasan luar pesisir Pantai Geting, Tumpat dengan kos lebih RM300 bilion.
Nik Din Nik Mat yang juga adik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau terkejut apabila dijemput menerima replika cek berkenaan, sedangkan beberapa pegawai kerajaan negeri turut hadir pada majlis anjuran syarikat itu, Ahad lalu. Saya tidak tahu ada acara pemberian RM4 bilion itu kerana dijemput syarikat berkenaan hanya untuk menghadiri majlis makan. Syarikat berkenaan hanya menyediakan replika cek dan tidak menyerahkan cek sebenar. Saya diberitahu, wang terbabit hanya diserah apabila projek di Tumpat itu berjalan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Ahad lalu, syarikat tempatan, IDA World Group Sdn Bhd (IDA World) mengejutkan pelbagai pihak apabila mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan di negeri ini.
Sementara itu, Nik Aziz menjelaskan, beliau dan kepemimpinan PAS Kelantan tidak tahu sumbangan RM4 bilion daripada syarikat tempatan itu.
Saya tidak tahu mengenai perkara itu dan setakat ini, pihak berkenaan tidak mengadakan pertemuan dengan saya mengenai pemberian itu. Sebagai ketua parti (PAS), saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini, hanya pagi ini saya mengetahui mengenainya, katanya selepas merasmikan Forum Model Baru Ekonomi (MBE) Merujuk Kepada Negeri Kelantan, di sini, semalam.
Teringat dulu bagaimana kerajaan Malaysia ditipu oleh seorang hartawan Lubnan yang nak berderma 1 billion bagi mewujudkan Hospital Kanser.
Utusan Malaysia; 16 jan 2006 `Hartawan' Lebanon Dr. Elie Yousef diberkas polis
KUALA LUMPUR 15 Jan. - `Hartawan' Lebanon, Dr. Elie Yousef Najem yang mencetuskan kontroversi selepas hasratnya menderma RM1.01 bilion kepada Majlis Kanser Negara (Makna) akhirnya diberkas polis hari ini. Elie ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di kediamannya di Kondominium Villa Putra dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini. Kata sumber itu, dia ditahan untuk membantu siasatan berkaitan beberapa kes penipuan yang dilaporkan kepada pihak polis. Sebelum ini, Elie yang mendakwa memiliki kekayaan bernilai AS$46 bilion (RM175 bilion) menyatakan hasratnya menderma RM1.01 bilion kepada Makna.http://ustsaifulbahri.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan