"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nurul Izzah akhinya layak tanding timbalan

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akhirnya layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR setelah biro politik memutuskan menerima pencalonan dari Sempoerna yang lewat dihantar.

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution (
bawah) berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat terbarunya malam tadi.
"Sempoerna mencalonkan Nurul Izzah. Dengan ini saya sahkan Nurul Izzah telah menerima dua pencalonan minimum untuk jawatan timbalan presiden. 

"Jadi beliau layak untuk bertanding," katanya yang juga ahli parlimen Machang.

Sempoerna adalah antara enam cabang yang lewat menghantar senarai pencalonan selepas tarikh akhir 10 Oktober.Yang lainnya menurut Saiffudin, termasuk Titiwangsa, Setiawangsa dan Selangau.

Beliau bagaimanapun tidak mengingati keseluruhan keseluruhan cabang yang lewat menghantar keputusan pencalonan selepas tarikh akhir itu.

Nurul Izzah sebelum ini mendapat satu pencalonan daripada Keningau, Sabah.
Kit pemilihan

Semalam enam cabang PKR mendakwa wujudnya konspirasi bagi menafikan anak sulung ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bertanding.

Dalam kenyataan berasingan, cabang Selangau dan Semporna - yang mencalonkan Nurul Izzah - mendakwa mereka tidak dimaklumkan bahawa semua pencalonan perlu dikemukakan sebelum 10 Oktober lalu.

Manakala dalam kenyataan bersama, empat cabang di Selangor mendakwa mereka "terkejut" bahawa pencalonan 35 cabang ditolak oleh ibu pejabat parti kerana gagal menepati tarikh akhir 10 Oktober itu.

Dalam sida
ng media bagi menjelaskan "kekeliruan" itu di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Saifuddin menafikan gagal menyalurkan maklumat berhubung tarikh akhir penyerahan keputusan pencalonan yang mencetuskan 'kontroversi' itu.

Sebaliknya, kata Saifuddin, pihaknya sejak awal telah menyerahkan satu 'kit pemilihan' yang memaklumkan secara terperinci perjalanan mesyuarat agung tahunan cabang kepada semua anggota majlis pimpinan pusat (MPP), pengerusi perhubungan negeri, ketua Pemuda (AMK) dan Wanita, ketua cabang serta setiausahanya.

Kit itu juga menurutnya disertakan dengan pekeliling setiausaha agung bertarikh 19 Julai dan borang-borang berkaitan di mana cabang hanya perlu mengisi tempat kosong sahaja.
'Isu' Zaid tidak dibincangkan

"Kalau mereka kata tiada maklumat, bagaimana mereka buat mesyuarat agung. Daripada mana mereka dapat maklumat itu?

"Sudah tentulah daripada setiausaha agung," katanya yang mendakwa hanya mengemukakan fakta supaya pihak yang mendakwa terdapatnya manipulasi dapat menilainya sendiri.
Ditanya kenapa PKR memberikan kelonggaran terhadap enam bahagian yang gagal menepati tarikh akhir yang ditetapkan itu, Saifuddin menjelaskan betapa 'serba-salahnya' dipertikaikan sama ada mengambil keputusan membenarkan atau menolak. 

"Saya hanya menjalankan tugas," katanya.

Sementara itu, Saifudin memberitahu, dalam pemilihan yang akan bermula pada 29 Oktober ini, untuk semua jawatan dalam MPP, sebanyak 252 calon layak bertanding. 

Manakala bagi AMK pula sebanyak 183 dan Wanita sebanyak 100 calon layak.

Ditanya sama ada mesyuarat biro politik semalam turut membincangkan tentang 'tindakan' terhadap penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, Saifuddin berkata perkara itu tidak dibincangkan.

"Kita bincangnya banyak perkara, tetapi tidak ada tentang Datuk Zaid," katanya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: