"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amerika HARAMKAN hadiah percuma di Restoran McDonald

Sayang, ianya berlaku di San Francisco , Amerika Syarikat, bukannya di Kuala Lumpur atau Seremban, Malaysia. Ianya bertujuan untuk mempromosi amalan pemakanan sihat dan memerangi gejala obesiti kanak-kanak. Kalau ini dicadangkan di Malaysia oleh NGO Islam, pasti ramai yang menentangnya terutama orang Islam sendiri.

Tak percaya cuba baca artikel Sedapnya Roti Telur Tahi Ayam pada blog berikut http://amkns.blogspot.com/ 


San Francisco haramkan hadiah percuma di McDonald
UTUSAN MALAYSIA 5 NOV 2010 

LOS ANGELES 4 Nov. – San Francisco menjadi bandar raya utama Amerika Syarikat (AS) yang pertama meluluskan undang-undang menghentikan amalan popular memberikan barangan permainan percuma dengan makanan dari restoran itu, yang tidak sihat untuk kanak-kanak. 

Lembaga Penyelia San Francisco meluluskan undang-undang itu dengan majoriti lapan undi veto menyokong, manakala tiga lagi undi veto membantah. Undang-undang ini akan berkuat kuasa bermula pada 1 Disember 2011. 

Peraturan ini sama seperti yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Santa Clara County awal tahun ini yang menetapkan makanan kanak-kanak yang disediakan oleh restoran perlu mematuhi piawaian pemakanan sebelum mereka boleh menjualnya dengan memberikan barangan permainan percuma. 

Antara penentang undang-undang ini ialah Pertubuhan Restoran Kebangsaan dan McDonald’s Corp., yang secara meluas terkenal dengan hidangan Happy Meal dan merupakan perintis amalan menggunakan permaianan percuma untuk memasarkan secara langsung kepada kanak-kanak. 

“Kami sangat kecewa dengan keputusan itu. Ini bukanlah yang dimahukan oleh pelanggan kami, mahu pun yang diminta oleh mereka,” kata jurucakap McDonald’s, Danya Proud dalam satu kenyataan. “Memberikan barangan permainan dengan makanan kanak-kanak hanyalah sebahagian daripada kegembiraan dan pengalaman keluarga di McDonald’s,” katanya. 

Undang-undang San Francisco menetapkan hanya makanan kanak-kanak yang kurang 600 kalori, mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk minuman tanpa lemak dan gula berlebihan sahaja dibenarkan menggunakan amalan pemberian barangan permainan. 

Penyokong peraturan ini berkata, mereka mensasarkan untuk mempromosi amalan pemakanan sihat dan memerangi gejala obesiti kanak-kanak. –Reuters 

Tiada ulasan: