"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siasat Dakwaan CheGuBard Pegawai PM Ada Harta RM200 Juta


KUALA LUMPUR, 11 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat segera dakwaan anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard bahawa Setiausaha sulit kanan Perdana Menteri, Datuk Zakiah Ibrahim didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yang juga anggota Jawatankuasa Khas SPRM berkata  beliau meminta isu tersebut disiasat secara serius dan konsisten dalam perbahasan yang diadakan baru-baru ini yang menyentuh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan SPRM.

"Isu-isu yang melibatkan kes rasuah dan disiasat secara serius dan konsisten tanpa karenah birokrasi.

"Penaiktarafan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada SPRM maka kita harapkan ianya lebih efisyen," ujar beliau.

Pendedahan yang dibuat oleh CheGuBard itu adalah satu perkara yang serius dan SPRM bertindak dengan segera supaya wibawa dan integriti SPRM dapat diangkat bagi menyakinkan rakyat berhubung perkara ini.

Katanya, isu rasuah merupakan isu melangkaui sempadan garisan politik dan merupakan isu rakyat dan nasional dan sewajarnya diberikan keutamaan.

"Apa-apa tindakan yang akan diambil tidak perlu dilingkari oleh elemen politik semata-mata," tambah Salahuddin ketika ditemui TV Selangor di lobi Parlimen, pagi tadi.

Sebelum itu, CheguBard melalui laman blognya,  http://chegubard.blogspot.com mendakwa mendapat maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan seorang pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

Dokumen tersebut mendedahkan penglibatan Zakiah yang menggunakan kroninya telah memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta.

Beliau turut mendakwa Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui runding terus di Kementerian Kewangan.
-tvsnews-

Tiada ulasan: