nanbinjai
Pegawai Kedutaan Mesir memberitahu orang Mesir sudah ramai mati untuk perjuangan Palestin. Mereka berkata demikian apabila menerima masuk beberapa orang wakil para demontrasi di depan kedutaan negara tersebut di Ampang Hilir, Kuala Lumpur, petang tadi selepas solat Jumaat.
Sehubungan itu, http://nanbinjai.blogspot.com turut melaporkan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) turut serta berkumpul mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan tersebut petang tadi bagi mendesak kerajaan Mesir agar memberi kerjasama dalam membantu rakyat Palestin dan tidak menjadi dalang dalam konflik Israel-Palestin.
Apakah tujuan ucapan itu merupakan sindiran kepada para demontrasi di depan Kedutaan Mesir itu? Hanipa ditemui selepas demontrasi berkata ucapan sinis itu dituju kepada para penunjuk perasaan tersebut kerana rakyatnya sudah ada yang mati untuk rakyat Palestin sedangkan orang Malaysia hanya setakat berdemontrasi.
Namun begitu boleh juga dibuat andaian atau tafsiran bahawa oleh kerana ramai rakyatnya mati kerana Palestin maka Mesir terpaksa mendirikan tembok cerucuk besi di sempadan Mesir dengan Semenanjung Gaza. Ia sekadar hujah Mesir menghalalkan tembok cerucuk besi di sempadan itu.
Lebih 1,000 umat Islam negara ini termasuk beberapa orang dari negara timur tengah turut bersama berdemontrasi di depan Kedutaan Mesir. Perarakan tunjuk perasaan di sepanjang Jalan Ampang menghala ke kedutaan itu bermula selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak.
Beberapa pemimpin PAS dilihat hadir dalam demontrasi dianjurkan pemuda PAS. Mereka ialah Ustaz Nasharuddin Tantawi, Azman Safawi, Ustaz Idris Ahmad, Salahuddin Ayub, Mohamed Hanipa, Zulkifli Ahmad, Shamsul Iskandar dan lain-lain.
Lebih seribu berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Mesir di ibu negara hari ini bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.
Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat berarak lebih kurang 4 kilometer ke bangunan Kedutaan Mesir yang terletak di Jalan Rhu, Ampang. Himpunan kali ini bagi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.
Laungan takbir dan 'Hidup Islam', 'Hancur Yahudi, 'Bebas Palestin, Bebas Al Aqsa, 'Hancur Hosni Mubarak' bergema dalam perarakan itu. Pelbagai bentuk bantahan dizahirkan termasuk memakai mafla warna bendera Palestin, sepanduk mengecam Mesir dan Israel serta bermacam lagi.
Turut bergema sepanjang perarakan adalah nyanyian lagu nasyid "Al-Amalulillah" yang bermaksud 'beramal kerana Allah' sebagai pembakar semangat peserta himpunan.
Pihak keselamatan mengawal baik himpunan dengan menjaga lalu lintas untuk memberi laluan kepada peserta himpunan manakala pasukan Unit Amal menjadi barisan hadapan dan menjaga keselamatan peserta himpunan.
Pemuda PAS meminta pihak Kedutaan membenarkan lima wakil mereka masuk untuk meyerahkan memorandum namun hanya empat orang sahaja yang dibenarkan masuk. Mereka ialah Salahudin, Nasrudin, Azman Shapawi Abdul Rani dan Ketua Muslimat, Nuridah Salleh.
Sementara menunggu pertemuan dan serahan memorandum selesai di dalam, beberapa peminpin berucap dengan menyampaikan pidato kepada peserta himpunan di luar pintu masuk bangunan kedutaan dengan dikawal sebilangan anggota unit simpanan persekutuan (FRU).
Demo tersebut turut mengecam pembinaan tembok cerucuk besi sepanjang enam kilometer. Cerucuk tersebut ditanam dalam bagi mengelak orang Palestin membina terowong sebagai laluan rakyat Palestin membawa bekalan makanan akibat kepungan rejim haram Israel.
Tembok Mesir itu sama dengan tindakan rejim haram Israel mengepong orang Palestin Semenanjung Gaza. Israel mengepong Gaza lebih tiga tahun menyekat kemasukan makanan, perubatan dan bahan api. Gaza sentiasa bergelap dan hospital terpaksa menghadapi risiko akibat sering terputus bekalan elektrik kerana kekurangan bahan api.
Selepas mengepung Gaza selama dua tahun dan risikan menunjukkan perjuang Hamas serta rakyat Palestin Gaza lumpuh akibat bekalan makanan dan perubatan serta bahan lain tidak boleh dibawa masuk ke Gaza maka Israel menyerang Gaza dengan maksud menghapuskan perjuang Hamas serta tekanan kepada rakyat Gaza pada Disember 2008 hingga ke Januari 2009 tetapi Israel tetap gagal dan terpaksa berundur dari Gaza.
Israel kemudiaannya mengenakan tekanan keatas Mesir dan menuduh negeri itu membenarkan penyeludupan senjata ke Gaza. Fitnah Israel itu sebenarnya bukan dituju sangat kepada penyeludupan senjata tetapi Israel lebih bermaksud mahu menyekat makanan dan ubatan ke Gaza. Israel sedar satu-satu sempadan yang boleh meloloskan makanan dan ubatan ke Gaza ialah melalui sempadan Mesir.
Rejim haram Israel berniat jahat mahu rakyat Gaza mati kebuluran dan kesakitan dengan menyekat dan mengepung Gaza. Ia tidak boleh dilaksanakan sepenuh tanpa sokongan Mesir. Maka dengan tekanan tersebut serta kuncu Israel terutama Amerika akhirnya Mesir tunduk.
Tindakan Mesir mendirikan tembok cerucuk tersebut sama dengan Israel membina tembok konkrik menyekat kebebasan rakyat Palestin. Malah tembok cerucuk itu juga sama peranan dan fungsi dengan rejim haram Israel mengepung Gaza.
Alasan yang diberi Mesir untuk jaga keselamatan rakyatnya tetapi hakikatnya Mesir sebenarnya turut serta bersama Israel mengepung Gaza dan menafikan makanan, perubatan dan keperluan lain untuk rakyat Gaza.
Demontrasi tersebut juga membantah sikap keras kepala Mesir. Mengecam tindakan Mesir tidak membenarkan baki 59 kenderaan yang membawa makanan dan perubatan untuk rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Walaupun konvoi kemanusiaan `Lifeline 3' yang diketuai Ahli Parlimen Inggeris, George Galloway, dibenarkan masuk oleh Mesir tetapi sebanyak 59 daripada 220 kenderaan tidak dibenarkan masuk. Ia hanya menunjukkan sikap bodoh sombong dan keras kepala pemimpin Mesir walaupun berlaku perundingan dengan kerajaan Turki.
Konvoi tersebut sepatutnya lebih awal ke Gaza tetapi terpaksa berada di di pelabuhan Mesir El-Arish, Mesir selama 31 hari sehingga kerajaan Turki dan masyarakat hak asasi antarabangsa terpaksa campurtangan.
Namun begitu untuk membenarkan terus ke Gaza, konvoi tersebut terpaksa berdemo hingga antara mereka ada yang cedera parah dan berlumuran darah. Daripada demo itu ia juga turut memberi tekanan kepada Mesir yang akhirnya membenarkan konvoi itu masuk ke Rafah, Gaza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan