"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tangkap dan hukum pembakar gereja

Sofi Wahab

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, awal pagi ini.Jelas tindakan ini merupakan tindakan yang tidak bertamadun dan berlawanan dengan prinsip Islam sendiri. Tindakan tersebut tidak menggambarkan sikap sebenar Islam yang sentiasa memberikan kebebasan kepada manusia untuk menganut dan mengamalkan ajaran agama mereka, "Tidak ada paksaan dalam agama".

Penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka untuk beribadat mengikut kepercayaan mereka. Rumah-rumah ibadat mereka juga tidak diboleh diusik apalagi di bakar.


Sikap terbuka Islam jelas dinyatakan di dalam Al Qur'an dan Hadis Rasulullah. Umpamanya ketika peperangan, tentera Islam tidak dibenarkan memerangi tentera musuh yang berlindung di kuil, biara atau rumah ibadat mereka.

Tindakan biadap ini jelas bertentangan dengan Islam dan ianya sudah tentu akan mengeruhkan suasana harmoni di negara kita.

Bagaimana jika sekiranya masjid di bakar, sudah tentu kita umat Islam yang marah dan bangkit mengutuk tindakan tersebut.

Rakyat mesti bertenang dan tidak melakukan apa juga perkara yang boleh menimbulkan suasana tidak aman dan tidak tenteram.

Saya sekali mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini dan berharap pihak yang terbabit diseret ke muka pengadilan dan dihukum mengikut peruntukan undang-undang.

Tiada ulasan: