"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Aziz Di Tawarkan Jadi Ketua Ulamak Umno

WFAUZDIN NS
JIKA anda hendak ketawa atau terkentut menahan ketawa apabila membaca tajuk ini, harap bersabar dulu. Memang ia tajuk yang melucukan awal tahun 2010 ini, tetapi bukannya diada-adakan oleh penulis tetapi itu kenyataan yang merupakan harapan tinggi Umno khususnya Umno Kelantan. Di sebalik mereka menuduh Tok Guru Nik Aziz sesat dan beberapa kali meminta Tok Guru bertaubat, mereka mau pula melantik Tok Guru sebagai Ketua Ulamak Umno. Bertambah `nyanyok' Umno Kelantan sekarang ini.

Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Bazlan Baharuddin telah mempelawa Tok Guru sertai parti yang reput itu serta menawarkan pula jawatan Ketua Ulamak Umno. Bukan orang-orang PAS sahaja yang mungkin tertawa dengan kenyataan dan lawak bodoh Setiausaha itu, malahan saya percaya orang-orang Umno yang sedikit cerdik itu pun mungkin terbahak-bahak ketawa. Pertamanya, ada atau tidak jawatan Ketua Ulamak dalam Umno? Masakan selaku Setiausaha Pergerakan Pemuda beliau tidak tahu atau jahil sangat tentang organisasi di dalam Umno?

Keduanya, jika ada sekali pun sehingga kini kita tidak tahu siapakah sekarang ini yang memegang jawatan Ketua Ulamak Umno. Setahu kita yang mungkin ada hanyalah Ketua `Ular dalam semak' di dalam Umno. Yang itu tentunya bersepah kerana tugas `Ular dalam semak' ini adalah untuk menjaga pemimpin Umno walaupun terpaksa menjual agama. Mereka ini termasuk di dalam golongan `Ulamak Jahat' yang Nabi pernah ceritakan. Ulamak ini akan terlebih dahulu memasuki Neraka. Nanti timbul pula kata saya lebih tahu siapa yang masuk Syurga dan Neraka. Saya tidak tahu kalau Nabi tidak menceritakannya.

Apa yang melucukan kita, orang-orang jahil yang tidak tahu apa-apa pun kini semakin menjauhi Umno dan mereka bertambah cerdik apabila berada di dalam PAS. Ini kan pula Tok Guru Nik Aziz yang tiada seorang pun `Ular dalam semak' Umno yang berani berdebat dengannya dipelawa untuk menyertai parti Assabiyyah itu. Sekiranya Umno ingin menyerang PAS sekali pun, biarlah teknik serangan itu masuk akal dan tidak ditertawakan orang. Kita pun tidak tahu bagaimana Bazlan Baharuddin ini boleh dilantik sebagai Setiausaha Pemuda Umno jika inilah caranya dia berpolitik. Mungkin benarlah kata orang di Kelantan, hanya yang manusia yang kurang akal sahaja akan terliur dengan Umno. Di dalam ramai=ramai yang kurang akal itu, mungkin dialah yang paling `cerdik' agaknya. Saya yakin jika ditanyakan kepada raja katak Ibrahim Ali pun, pasti Ibrahim Ali akan berguling-guling ketawa di dalam `tempurung'nya.

Di saat masyarakat kini begitu menyokong kepimpinan Tok Guru sehinggakan ada cadangan untuk melantik Tok Guru sebagai PM jika PR memerintah, ada pula yang ketinggalan ingin mempelawa Tok Guru menjawat jawatan Ketua Ulamak Umno di dalam jawatan yang tidak wujud itu. Apalah malang nasib Umno yang bertimpa-timpa. Adakah baik jika Umno mencadangkan Jamil Khir, Hamid Othman, Harussani atau setidak-tidaknya Astora Jabat dilantik untuk jawatan Ketua Ulamak itu?

Usah diharap Jawatan Ketua Ulamak di dalam Umno akan diwujudkan. Jika Bazlan Baharuddin masih mengharapkan jawatan itu akan diwujudkan di dalam Umno apatah lagi di bawah Najib, samalah seperti beliau mengharapkan Rosmah Mansor menutup auratnya. Bolehkah?/
Kembali ke laman asal di sini.

Tiada ulasan: