"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ummat Islam mesti Cegah Roman Catholic Dari Mengguna nama ALLAH

ahmadhadeed
Paderi Roman Katholik Malaysia tidak berhak mengguna nama Allah dalam tulisan dan ceramah mereka kerana itu adalah satu rekaan segolongan kecil dari kelompok penganut ugama ini untuk mencetuskan huruhara dikalangan masyarakat Islam Malaysia.

Sebab utama mereka tak berhak menggunakan perkataan Allah ialah kerana didalam Bible yang ditulis dengan bahasa asal mereka iaitu Hebrew (old testament) dan Greek( new testament), tidak ada satu ayat pun yang menamakan tuhan induk mereka iaitu tuhan ayah sebagai Allah.

Kristian percaya tiga dalam satu , tuhan ayah, tuhan anak dan hantu suci. Sebahagian bab dalam bible ditulis dengan menggunakan bahasa aramaic yang mirip kepada hebrew namun masih tidak digunakan nama Allah didalamnya. King James Bible dalam bahasa Inggeris lagi lah teruk kerana ianya di terjemah dengan secara bahang rambang selepas tahun 1388 iaitu tahun bible inggeris pertama di terjemah.

Ada yang memberi hujah ayat di bawah untuk membenarkan roman katholic menggunakan perkataan Allah tetapi yang jelas ayat itu di tujukan kepada pagan makkah yang mushrikin yang mencampur aduk ajaran nabi Ibrahim dengan kepercayaan menyembah berhala.

61.Ankaabut Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?.

Memberi kebenaran kepada penganut agama roman katholik dan kristian menggunakan nama Allah akan memberi kesan buruk kepada harmoni kaum di negara ini.

Di antaranya

1. Ummat Islam akan menganggap langkah ini sebagai provokasi kepada kesucian agama Islam yang sudah dianggap begitu terancam dengan berlaku murtad yang ramai ummat Islam kepada kristian

2. Simbol Allah jika diletak di atas bumbung gereja atau berhampiran patung yang disalib akan di anggap pengishtiharan konflik agama yang besar

3. Jika perkataan Allah di pakai oleh wanita kristian dalam keadaan mendedah aurat dan tidak bermoral akan mencetuskan pergaduhan antara agama. Bagi perempuan kristian mendedah aurat adalah halal mengikut ugama mereka.

4. Risalah buku video agama kristian yang disebarkan dalam berbagai bahasa terutama dalam bahasa melayu dengan menggunakan nama Allah akan mencetuskan kecelaruan dalam hidup beragama dan kemarahan dari ibu bapa islam.

Kita berharap makhamah menarik balik keputusan nya melalui appeal demi untuk keharmonian negara dan diharap orang kafir di Malaysia memahami bahawa keharmonian negara ini banyak bergantung kepada toleransi ummat islam terhadap agama minoriti. Jika status quo ini terancam maka terancamlah harmoni negara kita .Kita juga berterima kasih dengan NGO Islam yang begitu berani bertindak mencegah cubaan penghinaan terhadap islam dan demi menjaga kesucian Islam dan keharmonian negara.

-tranungkite-

Tiada ulasan: