Munasabahkah 4 sahaja dan 3 daripadanya kakitangan peringkat bawahan terlibat dalam kes ini? Sedangkan perbuatan ini dilakukan secara nekad dan licik.
Benarkah dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini sahaja dimengakui hilang pada 2007, sedangkan terdahulu media melaporkan 4, dan beberapa item termasuk dokumen transaksi turut lesap. Diketahui bahawa aset yang dibeli pada 1975 ini, kehilangannya hanya disedari pihak tentera pada 22 Mei, 2008 dan laporan polis hanya dibuat pada 4 Ogos, 2008. Tambahan pula umum belum dijelaskan cara bagaimana kehilangan ini berlaku.
Jaminan seperti keutamaan mengesan enjin yang hilang ini; kertas siasatan diserahkan kepada polis untuk siasatan lebih terperinci; mereka terlibat akan didakwa di mahkamah; pejabat Peguam Negara akan berusaha habis-habisan menyelesaikan kes ini; akankah tinggal sebagai cakap-cakap penyedap sahaja, sedangkan terdahulu terdapat kes besar dan "urgent" masih belum diselesaikan dengan sempurna.
Dapatkah bantuan pihak berkuasa luar negara mengembalikan enjin ini yang dikenali sebagai G J85-21A, aset berharga RM 50 juta setiap satu. Memang, asal tempat kehilangan pangkalan udara Sungai Besi, Kuala Lumpur. Destinasi terakhir Uruguay. Namun lokasi sebenar terkini tidak diketahui.
Ikut lanjutan laporan menyengat Detik Selangor, khususnya kenyataan bernas Timbalan Ketua AMK, Faris Musa. Serta kecurigaan Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Johari Abdul perihal bagaimana kehilangan ini gagal dikesan Ketua Audit Negara.
-tvselangor-
1 ulasan:
mane pegi duit diaorg jual enjin tu??? kalu prebet2 tu dh kaya raya bt apa yg diorg tggu keje sbgai prebet lg???? woi prebet ko mmg cerdik...dh jual enjin 100juta tp korg tggu lagi keje kt situ...haaa aku tau korg nk cover line yea...tggu pencen bru korg nk guna duit tu...
Catat Ulasan