"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Arahan bertenang dan tangguh perhimpunan bukti Umno/BN punyai agenda tertentu?

pria_malaya08

ISU NAMA ALLAH: Arahan bertenang dan tangguh perhimpunan bukti Umno/BN punyai agenda tertentu?

Jika sebelum ini, mereka lantang mengadakan beberapa siri demontrasi dan perhimpunan dalam beberapa isu yang berbangkit..perhimpunan di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan lain2 negeri dianjurkan mereka secara konsisten walau ianya diarah ataupun tidak...kita boleh lihat contoh bagaimana mereka sanggup mengadakan demontrasi mengutuk DAP atas nama perjuangan bangsa, mereka sanggup mengadakan perhimpunan atas nama mempertahankan insitusi raja2, mereka sanggup mengadakan perhimpunan demi kuasa di Perak, dan lain2..

Tetapi dalam isu kalimah Allah ini, yang menurut mereka sendiri bahawa ia adalah isu akidah, isu agama Islam, isu besar yang tiada kompromi berbanding isu2 yang lain, namun tiba2 mereka mengambil keputusan menarik diri dari mengadakan perhimpunan yang kononnya akan diadakan secara besar2an jumaat ini..

Agenda kerajaan+mahkamah?

Apakah ini membenarkan telahan pelbagai pihak bahawa isu ini(keputusan mahkamah membenarkan penggunaan nama Allah) sebenarnya adalah agenda terancang pihak kerajaan (Umno/BN)? boleh baca di
sini..

Oleh kerana mereka mengetahui bahawa isu ini hanyalah 'sandiwara' kerajaan+mahkamah, yang mana menurut mereka akhirnya kemenangan akan menyebelahi Islam juga (setelah membuat proses rayuan), maka mereka merasakan cukuplah setakat ini 'lakonan' mereka..didalam benak fikiran mereka juga merasakan, jika terlebih atau terover 'berlakon', barangkali boleh mencetuskan huru-hara atau perbalahan agama..mereka pastinya bimbang kalau2 agenda yg dirancang ini akhirnya gagal atau menghasilkan natijah yg buruk jika tersalah percaturn..jadi, ada baiknya mereka 'berhenti' setakat ini..lagi pun, (setelah hampir seminggu) kerajaan sudah pun mengemukakan rayuan pada mahkamah rayuan semalam..

Keputusan sudah dijangka?

Bukti lainnya boleh dilihat pada kenyataan pemimpin tertinggi mereka, DS Najib dan Muhyidin..tiada kenyataan yang dilihat berapi2 mempetahankan nama Allah berbeza jika dilihat kenyataan mereka sebelum ini dalam mempertahankan perjuangan bangsa contohnya, sungguh bersemangat dan berapi2...tetapi dalam isu agama (nama Allah) ini, mereka hanya mengeluarkan kenyataan meminta rakyat bersabar dan bertenang..itupun setelah beberapa hari belalu (sejak keputusan mahkmah membenarkan penggunaan nama Allah oleh The Herald)..

Kenyataan "...bersabar dan yakinlah kerajaan mampu menyelesaikan isu ini.." dan seumpamanya seolah2 memberi gambaran bahawa kerajaan cuba untuk 'memperguna' isu ini demi kelangsungan surivival parti dan kerajaan mereka..persoalannya kini, kenapa setelah hampir seminggu berlalu kerajaan baru bertindak mengemukan rayuan kepada mahkamah rayuan? kenapa tidak dipercepatkan proses rayuan sepertimana yg berlaku dlm isu rampasan kuasa di Perak yg tdaik sampai 24jam? kenapa tidak disegerakan proses rayuan di mahkmah jika mereka ikhlas memperjuangkan kalimat Allah?

Akhir kalam, apakah kesemua ini membenarkan telahan banyak pihak bahawa isu ini adalah rekaan dan agenda kerajaan (umno/BN) + mahkamah demi untuk mengalih isu atau perhatian rakyat terhadap isu2 panas yang berbangkit, dan dlm masa yg sama kononnya untuk memperlihatkan rakyat bahawa Umno/BN begitu berusaha untuk mempertahankan isu agama (nama Allah)?..sama-sama kita saksikan babak lakonan seterusnya oleh puak2 gerombolan dlm isu ini...wallahua'lam..

Tiada ulasan: