"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN hantar pengundi pemegang kad pengenalan hijau


KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bagi mengundi di beberapa
pusat pengundian.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, perbuatan itu dikenalpasti dilakukan di Dewan Undangan Negeri Tupong oleh petugas KEADILAN.
Justeru, katanya, KEADILAN megecam keras tindakan itu kerana pengundi berkenaan bukan pemastautin tetap yang mempunyai hak dan layak untuk mengundi.
“Kita bantah dan maklumkan jentera di seluruh Sarawak  supaya memantau agar tidak berlaku kes seumpama ini.
“Kalau pemilik kad pengenalan PR yang memegang status pemastautin tetap pun tidak boleh mengundi, apatah lagi mereka yang memiliki kad pengenalan hijau,” katanya.

Tiada ulasan: