"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Semangat benteng terakhir pahlawan Iban

SharpShooter
Minta maaf banyak2 sebab dah lama tak update blog sebab duduk di rumah panjang pendalaman dan tidak ada line langsung. 

Hari ini sharpshooter baru selesai mengajar benteng terakhir dalam perang pilihanraya iaitu PACA (polling Agen Counting Agen) di Bilik Gerakan Utama N42 Dun Meluan. 

Mereka cukup semangat kali ini dan mereka bersumpah tidak akan dibeli oleh BN. 

Bukan sahaja mereka diajar secara teori tetapi diakhiri dengan lakonan dan penipuan yang sering SPR lakukan. 

Mereka amat faham dan berjanji akan lawan dan akan pertahankan habis-habisan, kalah mereka bererti tanah adat mereka akan dirampas oleh Taib Mahmud. 

Semangat kali ini jauh berbeza hingga ada isteri tuai rumah panjang berkata jika di rumah panjang Nanga Ayam ini jika b-end boleh menang, boleh panggil aku bodoh..begitulah marahnya mereka terhadap b-end yang rampas tanah mereka. 
Sejarah tercatat di Dun Meluan di mana pencadangnya adalah Penghulu Kawasan dan penyokongnya adalah Tuai Rumah Panjang, ini tidak pernah berlaku dalam sejarah penamaan calon di Sarawak. 

B-end akan tumbang di Sarawak.. 

Tiada ulasan: