"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dakwaan Raja Petra cetus kejutan


SiasahDaily
Raja Petra Kamarudin, pengendali laman Malaysia Today yangdikenali sebagai orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan terbaharu apabila menafikan yang beliau menuduh perdana menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Beliau membuat kenyataan itu dalam satu wawancara eksklusif dengan media pro-Umno, TV3 di Australia.

Raja Petra mengatakan tindakan beliau membuat kenyataan yang mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dibuat selepas didesak dan dipengaruhi individu-individu yang rapat dengan Anwar.

Beliau turut menyebut individu terbabit, iaitu Nik Azmi Nik Daud, John Pang, Din Merican dan Kolonel Azmi Zainal Abidin.

Kenyataan Raja Petra dalam Akuan Bersumpah yang dibuat pada Jun 2008 itu mencetuskan kejutan dalam politik negara dan meletakkan Najib dan Rosmah dalam kedudukan sangat defensif.

Kenyataan itu juga diterima ramai sebagai pengesahan bahawa Rosmah terlibat dalam pembunuhan model dari Mongolia itu.

Raja Petra kemudian melarikan diri dan keluar negara selepas waran tangkap ke atasnya dikeluarkan pada Mei 2009. Beliau kemudian didedahkan berada di London, England.

Kenyataan terbaharu Raja Petra ini menimbulkan tanda tanya tentang kedudukan beliau kini, yang dilihat semakin mendekati kem pemerintah dan menjauhkan diri daripada kem Anwar.

Tindakan ini menambahkan lagi isu-isu panas yang negatif kepada pembangkang ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 sedang berjalan.

Raja Petra juga terlibat dalam kumpulan politik dan sosial Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia, MCLM, yang dilihat bakal mencabar dan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Tindakan Raja Petra yang menegatifkan Anwar ini bakal memburukkan lagi hubungan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat dengan MCLM yang muncul sebagai kuasa ketiga itu.

Penghujung tahun lalu, beberapa kenyataan Raja Petra dilihat banyak pihak sebagai usahanya berbaik dengan Najib.

SiasahDaily turut melaporkan hal yang sama pada 16 November tahun
http://siasahdaily.blogspot.com

Tiada ulasan: