"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Calon PAS (Kak Ani) sekali lagi diugut supaya menarik diri!

Kak Ani sekali lagi diugut supaya menarik diri!KOTA SAMARAHAN: Calon PAS bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang bertanding di kerusi N15 Muara Tuang, Noraini Hamzah (Kak Ani), sekali lagi diugut oleh 'agen Taib Mahmud'. 


Menurut suaminya, Morshidi Ali seorang perempuan 'yang dikenali' berumur sekitar 50-an datang ke rumahnya pada jam kira-kira 2.30 petang.

Katanya, wanita tersebut meminta Kak Ani (isterinya) menarik diri dari bertanding dalam PRN Sarawak , dan menawarkan sesuatu habuan.

"Dia datang lebih kurang jam 2.30 petang, ke rumah dan membuat ugutan, yang paling menakutkan, dia (wanita itu) berkata, kalau Kak Ani tidak menerima (tawaran menarik diri) jangan menyesal, akibat buruk yang akan berlaku,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Sebelum ini, pada 8 April, ketika ditemu ramah oleh Buletinonline, Kak Ani berkata, cabaran yang paling getir sejak berkempen selepas penamaan calon 6 April lalu adalah ugutan yang diterimanya dari pihak lawan.

Semalam, 10 April, ia lebih terang dan jelas kerana 'wanita' yang menjadi agen parti lawan itu datang sendiri ke rumah Kak Ani di Tanjung Bundong disini.

Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat berdasarkan bukti yang telah 'dirakamkan' ketika wanita datang menawarkan 'habuan' sekaligus mengugut.
-BuletinOnline
PUAN NORAINI BINTI HAMZAH

Umur : 49 tahun
Asal : Kelantan
Pekerjaan : Suri rumah dan peniaga
Status : Berkahwin (Suami asal dari Muara Tuang, Sarawak)
Bil. Anak : 2 orang


Jawatan Dalam Parti

  • Seorang aktivis Muslimat PAS Sarawak yang aktif
  • Bekas ketua penerangan wanita PKR
  • Ahli jawatankuasa wanita bahagian Samarahan

Lain-lain

  • Seorang pemidato yang baik dan mampu menarik ramai pendengar
  • Mempunyai kenalan yang ramai di sekitar Kuching dan Samarahan
-tranungkite-

Tiada ulasan: