"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jam Omega sebenarnya milik Dato T sendiri?

milosuam

Kalau baca kat laporan Portal Bernama Online, pihak Polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam omegayang dipopularkan gerombolan songkok tinggi kepada kepada syarikat yang mengedarkannya dengan tujuan untuk mengesan siapakah pemilik jam tersebut. Berita ini sudah disiarkan sejak 11 April 2011, iaitu semalam di Portal Bernama, malah turut sama disiarkan oleh portal-portal berita lain seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider [Bernama].

Persoalannya di sini, bagaimanakah Polis memperolehi kad pendaftaran jam Omega tersebut? Bukankah kad pendaftaran seperti ini diperolehi semasa jam Omega tersebut dibeli? Secara logiknya, pihak Polis telah menerima kad pendaftaran jam ini daripada Dato T. Maka persoalan yang lebih penting ialah, dari mana Dato T dapat kad pendaftaran jam Omega tersebut?

Sebelum ini Dato T kata dia menemui CCTV rakaman video lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim semasa mencari jam Omega apabila disuruh oleh Anwar. Kemudian dia mendakwa memperolehi jam Omega tersebut daripada pelacur yang telah mengambilnya. Bagaimanakah pelacur tersebut boleh memberikan jam Omega beserta kad pendaftarannya sekali?

Adakah Anwar membawa kad pendaftaran jam Omeganya ke hulu ke hilir setiap hari?

ReJaM© "Satu persatu cerita bodoh ini akan terkantoi seperti cerita-cerita bodoh yang lain"

Tiada ulasan: