"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiada hak rampas selipar, apatah negeri berdaulat

Harakahdaily
KOTA BHARU, 28 April: “Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat.

“Insya Allah, harapan saya mesej ini sampai kepada dunia,” tulis Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di laman twitter.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyatakan demikian yang menyentuh mengenai isu Palestin selepas selesai mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W Jones di pejabatnya di sini, tengah hari ini.

Menurutnya, banyak perkara yang dibincangkan dengan duta berkenaan seperti isu pendidikan, senario politik di Malaysia dan lain-lain.

“Tidak lupa saya tegaskan pendirian saya terhadap isu Palestin dan rasa tidak puas hati dengan polisi Amerika Syarikat di Palestin,” tulis beliau lagi.

Tiada ulasan: