"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Sakit Sikit Aje' kata Tok Pa

Iqbal
Minimal Pain itu lah tajuk salah satu berita dalam Malaysian Insider yang dikeluarkan oleh mulut Mustapha Mohamad. Ini berikutan pengumuman PM yang dikasihi oleh rakyat jelata , PM yang amat prihatin tentang naib rakyat dan PM yang kemana dia merayau dia akan cakapSAYAAAA AKAN PASTIKAN DALAM APA JUAAAAAA , RAKYAT AKAN DIDAHULUKAN.

Inilah rupa pemimpin yang berpura-pura kununnya dia merasai dan memahami kepayahan rakyat. Kerana ketidakmampuan kerajaan yang dipimpinnya mencari sumber kewangan untuk negara , maka dialihkannya usaha itu mendapatkan wang kepada rakyat. Kalau tidak keterlaluan bolehlah kita katakan HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI. Apa tidaknya rakyat diseru pagi petang siang malam oleh jentera2 propoganda kerajaan akan memilih dan memberi sokongan padu kepada kerajaan BN. Apakah  yang diberi  sebagai balasan kepada majoriti rakyat yang memenangkan BN. Kita memilih BN dengnan harapan nasib kita bertambah baik. Hidup kita semakin selesa.Tetapi sebaliknya yang kita (rakyat) dapat. Susu diberi dibalas dengan tuba. Dikalangan mereka yang telah dipilih dan menjadi pemimpin , baik diperingkat pusat ,negeri , bahagian2 umno ,cawangan2 umno hidup senang lenang hasil daripada undi kepercayaan yang diberi oleh rakyat khususnya orang melayu. Yang diberi kepada orang melayu hanya nyanyian2 dan dendangan2 mengingat kita ...ADA BANGSA LAIN NAK RAMPAS KUASA DARI TANGAN MELAYU. Apakah dendangan ini mampu meringankan kesempitan hidup kita ?

Hari ini PM yang di' sayangi ' rakyat mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak 7 persen. Ianya dikikuti dengan kenyataan Menteri Perdagangan bahwa kenaikan itu memberi kesan ' minimal pain ' kepada rakyat.

Tahukah menteri ini berapa harga ikan kembung ( ikan yang mampu dibeli),tahukah dia berapa harga bawang sekarang ? harga ayam dan lain-lainnya? Tahukah dia sekarang makan masi campur berapa harganya ?

Oleh itu kenyataan Mustapha sesungguhnya membuktikan para pemimpin umno tidak mengendahkan kepayahan yang di deratai oleh rakyat. Bayangkan gaji Pembantu Tadbir ( PT) yang bermula dengan RM850 untuk menguruskan keperluan hidupnya. Jauh sekali untuk membantu orang tua dikampung. Jauh sekali untuk meringankan keperluan adik-beradik yang masih bersekolah. Sedangkan semakan gaji hanya dirasai oleh kakitangan awam sewaktu Pak Lahmenjadi PM. Zaman Najib memanjang kata keadaan tidak mengizinkan. Muhyidin pula suruh bersabar. Rakyat disuruh ikat perut tetapi para kroni kantung wang masing2 sentiasa penuh.

Kenapa subsidi dikurangkan dan akan dimansuhkan ? Kata PM untuk menfaat rakyat ? Apakah dengan adanya wang hasil daripada subsidi yang disedut itu ,  kepayahan kita  mengurus keperluan dan perbelanjaan harian akan menjadi lebih ringan ? Dari aspek apakah yang diwar-warkan bahwa dengan mengurang dan memansuhkan subsidi rakyat akan men erima faedahnya ?

Yang jelasnya sejak Najib jadi PM tiada kerja-kerja yang dapat ditaburkan kepada orang-orang umno yang bergelar kontraktor.( terutamanya kelas F).Sebagaimana semua sedia maklum terdapat hampir 50000 kontraktor kelas F ( tentunya 100% orang umno ) diseluruh negara. Mereka ini ibarat ikan2 dalam akuarium yang tuannya sentiasa beri makan . Kalau tidak ikan2 ini mati kebulur. Kontraktor2 inilah ejen umno untuk menunjukkan kepada rakyat khususnya orang2 kampung akan keprihatinan kerjaan umno terhadap rakyat. Sewaktu zaman mewah sana sini si kontraktor2 ini mendapat projek hingga tak menang tangan. Hari ini kebanyakan mereka mundar mandir kerana tak ada kerja. Pihak swasta tak akan ingin nak beri kerja kepada mereka ini. Sebabnya tiada kepakaran dan tiada kualiti hasil kerja mereka. Projek kerajaan boleh. Sengit bengit pun akan dibayar.

Kita ( rakyat ) jadi mangsa demi periuk nasi para kontraktor umno. Seperti yang dikatakan oleh Ku Li Zaman Joli Katak dah berlalu. Memandangkan kedudukan kewangan negara terhad untuk ditaburkan kepada kontraktor umno maka cara yang paling mudah ialah ambil bahagian yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat iaitu subsidi. Maka tak lama lagi berkokok lah semula si Najib dengan lagunya ...ekonomi kita teguh , mantap. Lihat lah  projek2 dapat dijalankan untuk rakyat.Janganlah rakyat percaya dengan janji2 kosong pembangkang.

Jadi, fikir-fikirkan lah gabungan mana yang wajar kita angkat memerintah negara untuk tempoh 5 tahun akan datang. Pilihan hanya ada dua iaitu PAKATAN RAKYAT atau barisan nasional.

Tiada ulasan: