"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ismail Omar Baik Diam... Nanti Sakit Jantung Lagi

Mohd Sayuti Omar
Ketua Polis Negara, Ismail Omar telah cuba menjadi burung belatuk, mengulas mehttp://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/03/ismail-omar.jpgngenai Bersih dengan membuat kenyataan bohong. Katanya himpunan Bersih hanya didua tempat saja di Puduraya dan jalan Loke Yew.

Juga beliau mengatakan polis bertindak baik kepada para himpunan. Saya tidak pasati apakah beliau mendapat penjelasan dari timbalannya Khalid Abu Bakar yang kini sudah macam anti klimek dan menjadi pekak dengan tiba-tiba selepas dua hari himpunan hendak diadakan. 


Sebelum itu bukan main lagi Khalid berkukuh macam terkukur lapar padi. Atau pun beliau mendapat penjelasan dan laporan yang palsu dari ketua polis Kuala Lumpur.

Itulah jadinya kalau ketua polis hanya memantau dari jendela Bukit Aman dan tidak berani turun ke bumi melihat dengan mata kepala sendiri. Segala laporan dan maklumat yang diterimanya tidak betul dan melencung jauh.

Saya rasa saya lebih bertanggungjawab dari beliau. Saya turun dan berputar ke segenap lokasi himpunan berkenaan menyaksi sendiri dengan mata kepala sendiri. Baca laporan saya (kronologi) rasanya lebih adil dan benar daripada laporan anak buah Ismail Omar. Ada empat lokasi besar himpunan, Pasar Seni, perkarangan Masjid Jamik, di Jalan Petaling, dan perkarangan Stadium Merdeka.

Inilah kualiti polis kita bercakap selalu bohong dan menipu orang ramai. Kalau hendak gambarkan negara ini aman dan polis berjaya kawal himpunan pun jangan sembunyikan fakta. hari ini semua orang cerdik dan bukan bodoh. Zaman orang lari berceluda kerana takutkan polis sudah tidak ada lagi.

Begitu juga katanya tidak ada tembakan gas pemedih mata di Jalan Puduraya? Ismail Omar boleh tengok video yang profesional rakam dan jangan tonton yang polis ambi saja. Kalau polis ambil banyak fakta yang disembunyikan seperti mana pembohong polis kononya ada peserta himpunan yang bawa senjata dan bom *****tail.

Belajarlah menjadi baik dan menjadi seorang Islam. Kalau polis tunduk, akur dan cium kaki pemimpin hari ini, tetapi jangan sampai kaki sebayan (busuk) pun sanggup dicium.

Saya mahu ketua polis negara saksi gambar yang dipaparkan dalam blog, mengenai himpunan yang dipukul dan diperlakukan macam anjing kurap. Rasanya sesetengah tindakan polis jauh lebih buruk dari salakan anjing. Dan apakah Ismail mendapat laporan mengenai kematian seorang peserta bernama Baharuddin Ahmad, 58 tahun. Kalau tidak tahu jenazahnya akan dikebumikan esok.

Polis perlu memohon maaf atau menyesali atas apa yang belaku.

Saya setuju kalau polis mengawal himpunan Bersih untuk tidak menular kemudian rakyat mengoncangkan pemerintahan hari ini. Tetapi lakukan secara beradab dan ingatlah kepada perkataan atau kalimah yang tertera di topi dipakai setiap anggota polis berbunyi Allah - Muhammad. Kalau kalimah itu sudah tidak dihormati buang dan ganti dengan kalimah lain.
Ketumbukan di Jalan Hang Tuah di Seri Petaling.
Lagi pemandangan ketumbukan di Jalan Hang Tuah bergerak untuk ke Puduraya.
Siap sedia untuk tembak.
Kepulan asap selepas tembakan.
Kumpulan gagak hitam bercemperia selepas bom yang dibedilnya disambut dan dikembalikan semula ke arah mereka.
Locing gila sudah dibunyikan.
Tembakkkkk..... rakyat...
Ketumbukan Bersih dari hadapan Bank Pertanian.
Irene Fernandez hadir dengan kerusi roda.
Bergambar dengan wakil rakyat Tanjung Karang.

Tiada ulasan: