"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bertumbuk semasa berdebat di TV

Sergei Polonsky terjatuh dari pentas selepas ditumbuk oleh Alexander Lebedev.
MOSCOW: Seorang hartawan Rusia yang memiliki dua stesen televisyen di Britain, Alexander Lebedev menumbuk seorang ahli perniagaan, Sergei Polonsky dalam satu rakaman perdebatan di stesen televisyen NTV, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia menumbuk Polonsky di depan sejumlah penonton sehingga menyebabkan ahli perniagaan itu melarikan diri dan terjatuh dari pentas.

Lebedev berkata, dia terpaksa bertindak menumbuk ahli perniagaan tersebut kerana bimbang akan ditumbuk terlebih dahulu.

Ketika kejadian, kedua-dua ahli perniagaan itu berdebat mengenai krisis ekonomi global.

Lebedev yang merupakan bekas ejen agensi perisikan Kesatuan Soviet, KGB, kini memiliki akhbar The Independent dan London Evening Standard.

Menurut tulisan dalam blognya, Lebedev mendakwa Polonsky terlalu agresif dalam perdebatan tersebut.

"Dalam situasi kritikal, tiada pilihan lain lagi. Saya meneutralkannya," kata Lebedev.

Dia menumbuk Polonsky di bahagian kepala menyebabkannya dia terjatuh dari pentas.

Beberapa orang kemudian tampil untuk menenangkan kedua-dua ahli perniagaan tersebut.

Lebedev merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia dengan kekayaannya dianggarkan AS$3.1 bilion (RM9.58 bilion).

Dia juga memiliki syarikat penerbangan Aeroflot dan akhbar Rusia, Novaya Gazeta. 
-Agensi-