"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DS HJ Najib Ikut Tak Kursus Haji?

ustaznik
Buku Panduan Ibadat Haji
Isu haji yang ditunaikan oleh Perdana Menteri Malaysia DS HJ Najib belum selesai. Ingat bila raya haji dah selesai dan para jemaah haji pun mula meninggalkan Mekah dan Madinah, isu hajinya selesai. 

Mufti Perlis pernah melahirkan rasa terkejutnya kerana dikatakan PM sudah selesai haji sedangkan masih ada rukun/wajib haji (?) yang belum selesai. Penasihat agama jawab tapi kelihatan isunya belum selesai. Saya pun tak pasti apa yang belum selesai, rukun haji atau wajib haji.

Cuma yang saya ingin bertanya ialah adakah DS Hj Najib telah mengikuti siri kursus haji yang sepatutnya dilalui oleh orang kebanyakan sebelum menunaikan fardhu haji? Kalau sudah, tak sepatutnya isu haji selesai atau belum selesai. Kalau tak ingat ilmu yang dipelajari dalam siri kursus tu, penasihat agama ada.

Penasihat mesti memberi nasihat yang baik kepada PM, bukan sahaja dalam isu haji tetapi juga dalam isu lain, termasuk pemborosan PM dan isteri dalam perbelanjaan mereka, samada duit yang ditabung semenjak kecil atau duit negara. Ibarat kata ulama muda UMNO- penuh hikmah dan slow talk, berbisik di telinga PM. Beranikah?
Masalahnya ialah kalau ada perkara ibadat haji yang tak selesai menyebabkan tidak tahallul sepenuhnya yang menjadikan PM masih dalam ihram, maka ia akan beri kesan berpanjangan.

Justeru, peranan penasihat agama PM bukannya membela pada tempat yang tak sepatutnya dibela tetapi memberi faham tentang hukum sebenar sesuatu perkara dalam ibadat haji. Melainkan kalau penasihat agama PM tidak berminat menasihat dalam konteks al-amr bilma’ruf wannahyu an-almunkar dan lebih selesa dengan habuan dunia, maka terpulanglah.

Tiada ulasan: