"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak kecil ini perlu bantuan anda

Salmiyah Harun
(Adik Nurliyana menghidap sakit jantung yang luar biasa)
KUALA LUMPUR: Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Namun, Md Azhar Ehwan terus tabah dalam menghadapi ujian yang sedang ditempuhinya apabila anak ke-4 beliau Nurliyana 6 bulan, terlantar di hospital kerana masalah jantung.

Adik Nurliyana yang disahkan mengidap penyakit jantung ALCAPA di mana kes ini jarang berlaku di negara ini.

Nurliyana kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sedang menunggu keputusan dari IJN, sejak seminggu yang lalu. (gambar bawah)
Di Malaysia, setakat ini hanya empat orang kanak-kanak dilaporkan mengidap penyakit ini termasuk adik Nurliyana.


Ketika dihubungi, Azhar memberitahu Nurliyana mula menunjukkan perubahan negatif sebaik sahaja anaknya dilahirkan.


"Sejak bayi, Liyana kerap demam, kerap menangis. Waktu itu, kami tidak syak apa-apa cuma menganggap mungkin alahan susu," katanya.

Bagaimanapun, selepas menjalani ujian imbasan X-Ray dan ujian MRI, Azhar amat terkejut apabila doktor memberitahu jantung anaknya membengkak.

Lebih mengejutkan, Azhar turut dimaklumkan doktor, pesakit yang mengidap penyakit itu hanya dapat bertahan selama setahun.

Bagi mengubati penyakit anaknya itu, Azhar perlu mendapatkan sejumlah RM30,000 untuk pembedahan anaknya di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau yang bekerja di sebuah kilang di Johor dengan gaji yang tidak seberapa, mustahil baginya untuk mendapatkan peruntukan sebanyak itu.

Justeru, beliau memohon jasa baik orang ramai yang berkemampuan dapat membantunya untuk mempercepatkan proses pembedahan Nurliyana yang perlu dibedah dengan segera.

"Bagi yang kurang berkemampuan, sudilah kiranya mendoakan Adik Nurliyana agar selamat serta berjaya semasa pembedahan tersebut," ujarnya.

Orang ramai yang bermurah hati bagi membantu adik Nurliyana sihat seperti anak-anak yang lain bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 151043012835 milik Md Azhar bin Ehwan.

Ataupun boleh menghubungi beliau di talian 019-7527378, untuk berkongsi pengalaman atau memberi kata-kata semangat kepadanya.

Tiada ulasan: