"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jika nak beli kereta baru, tangguh dulu

anaabdullah
Tajuk rencana ini adalah kata kata nasihat seorang guru kepada salah seorang guru rakanya yang sedang berkira kira hendak membeli kereta baru.
Pada penulis, ini menunjukkan ramai kalangan guru yang yakin dengan janji pakatan rakyat jika ditakdirkan memerintah Negara ini selepas PRU 13 nanti.

Janji tersebut antaranya, harga kereta murah. Dengan lain perkataan harga kereta akan turun jika pakatan memerintah Negara. Itulah janji pakatan rakyat dengan rakyat jelata yang kelihatan sudah terpikat.

Janji itu juga dianggap oleh pihak kerajaan sebagai janji kosong yang mustahil boleh dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat setelah memerintah nanti.

Walaupun telah dianggap janji mustahil dapat dilaksanakan, tetapi kebanyakan rakyat percaya dan yakin pakatan rakyat akan berbuat demikian diamanah memerintah nanti.

Mengapa penulis kata begitu. Pertama, sudah ada kalangan mereka yang mampu membeli kereta baru cuba nasihat menasihati satu sama lain, terutama pada rakan rakan yang ada hasrat nak beli kereta baru hendaklah tangguh dulu.

Kata kata, jika nak beli kereta baru tangguh dulu yang penulis dengar sendiri terbit dari mulut salah seorang guru perempuan sebagai soseh soseh antara mereka.

Walau ada yang kata mustahil, tetapi ia membuat kalangan yang mampu membeli kereta baru percaya akan janji yang dicanang oleh pakatan rakyat itu.

Jika demikian, bererti janji pakatan rakyat untuk menghapuskan pinjaman PTPTN dan pendidikan pencuma di Negara ini sah dapat memikat hati rakyat jelata dan para pelajar, termasuk yang sedang melanjutkan pengajian masing masing di institusi pengajian tinggi Negara.

Atas sebab itulah Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri ke -6 melancarkan BRIM kedua dan BRIMB (Bantuan 1 Malaysia Bujang) dengan kadar RM 250,00 satu kepala menerusi bajet 2013 untuki menyekat rakyat jelata mengundi Pakatan rakyat pada PRU 13 yang bakal diadakan bila bila sahaja dari sekarang.

Tiada ulasan: