"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sharifah Zohra boleh cakap dengan anjing?

senik
Assalamualaikum,

Sharifah Zohra menunjukkan kehebatan (baca kebebalan) apabila memberitahu kita semua yang dia boleh bercakap dengan binatang, dengan anjing, kucing, lembu, kambing, jerung dan (babi hutan). Inilah antara binatang yang menurut Sharifah Zohra sebagai menghadapi masalah dan dengan masalah yang dihadapinya maka manusia juga terutama yang jadi rakyat Malaysia tak perlu mengeluh sebaliknya menerima apa saja yang diberi oleh pemerintah 1Malaysia. Percakapan orang hebat(baca bebal) yang tidak perlu berbahas dengan orang orang yang stupid (baca cerdik)



Agak agak berapa lama Sharifah Zohra ni duduk dengan anjing, kucing, kambing, lembu, jerung dan (babi hutan) untuk mengetahui masalah mereka? Apakah masalah mereka itu sama dengan masalah rakyat Malaysia yang sejak lebih 50 tahun dulu ditipu hidup hidup oleh UMNO.Teringat dulu, ada seorang imam(bebal jugaklah) pernah berkata kucing dan anjingpun boleh hidup aman di Malaysia, bebas beranak pinak tanpa gangguan, jadi kenapa perlu kita rakyat Malaysia banyak komplain kepada kerajaan?

Tapi sekarang Sharifah Zohra berkata kucing dan anjing juga ada masalah. Mungkin apa yang berlaku di kilang Petronas Kertih menjadi rujukan Sharifah Zohra di mana anjing anjing liar yang semakin membiak diburu oleh manusia. Mungkin itulah antara masalah anjing yang satu ketika dulu didakwa oleh Imam(bebal) sebagai bebas dan selesa hidupnya di Malaysia.

Atau mungkin Sharifah Zohra menghabiskan masanya bertahun tahun dengan kucing kucing liar yang hidup melata di sekitar pasar pasar atau restoran dan makan sisa sisa makanan yang dibuang. Atau mungkin Sharifah Zohra duduk bersama sama lembu kak Ijat di Kondo mewah sambil menyaksikan masalah mereka terkurung dalam bilik air cond. Atau mungkin Sharifah Zohra tinggal di kandang kandang kambing dan melihat mereka diberi makan sementara menunggu disembelih.

Atau mungkin juga Sharifah Zohra mengikuti perkembangan babi hutan yang setiap malam menyondol pokok pokok pisang, atau Sharifah Zohra duduk dalam laut bersama jerung yang kehabisan sumber makanan dan diburu pula oleh manusia.

Kesemua penemuan kajian Sharifah Zohra membuktikan binatang binatang ini juga bermasalah dan masalah mereka diceritakan satu persatu kepada Sharifah zohra dan dengan kesimpulan permasalahan di dunia binatang inilah, Sharifah Zohra menghalang Ms. Bawani dari berhujah kerana bagi Sharifah Zohra, untuk apa nak komplain sedangkan binatang juga ada masalah dan mereka tak pernah komplain.

Inilah mentaliti wanita 1Malaysia yang cuba dibawa oleh Sharifah Zohra dan dengan mentaliti ini, Sharifah Zohra mahu semua menerima apa saja yang dibuat oleh Najib, Rosmah dan geng geng 1Malaysia mereka.

Sharifah Zohra mahukan seluruh rakyat Malaysia jadi macam Binatang, macam anjing, macam kucing, macam lembu, macam kambing, macam jerung dan macam babi hutan. Bebas buat apa saja termasuk sex bebas, asal jangan persoal tentang keadilan, kemanusian, tatasusila dan etika, kehidupan bertamaddun serta tidak sama dengan binatang.

Sharifah Zohra memang hebat(baca bebal) kerana boleh bercakap dengan anjing!!!!!!

Tiada ulasan: