"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakar matematik, menganggar lebih 700,000 orang menyertai HKR di Stadium Merdeka

setisab
Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka
Menangis beb... menangis Semah baca laporan ini. TV3 suku kata 40,000 orang sertai Perhimpunan Kebangkitan Rakyat. Rais Yatim bisik kat Najib.. ala boss, Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang Pakatan Rakyat tu cuma 3,500 orang datang je!

Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka,
eloo Najib, hang dengar sini; lagi baik hangpa suruh si Semah tu kemas kain baju, nyorokkan cincin berlian dia, hang pergilah tempah tiket ke Monggolia. Rakyat Malaysia sudah menyampah tengok muka hang!


Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.
Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.
“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.
“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.

“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).
“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.
Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan. (provokasi PDRM dimasa lalu)
Pru-13: Pilih PR atau BN?

Kenangilah jasa mereka

Tiada ulasan: