"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas ahli parlimen Kuala Nerus bertanding atas tiket PAS?

anaabdullah
Bekas Ahli parlimen Kuala dikatakan telah ditawarkan untuk bertanding atas tiket PAS PRU 13 ini.Cerita itu tersebar begitu meluas dan nama setiausaha Agung PAS dikaitkan. Penulis sungguh terkejut, kerana pengalaman beri Ibrahim Ali bertanding tiket pas dulu membawa padah yang tak kunjung sudah.
Penulis anggap ini suatu fitnah dan suatu isu untuk memburuk nama baik setiausaha agung PAS sekaligus menjejas status kuo PAS.

Membaca tulsian bertajuk: “Asri kunjung presiden PAS, tidak mustahil bekas umno jadi calon” teringat penulis pada PRU 10 bahawa bukan sahaja bekas umno jadi calon, malah bukan ahli PAS pun telah jadi calon dan menang dilantik sebagai EXCO.

Jadi soal tidak mustahil bekas umno jadi calon yang dinyatakan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menerima kunjungan Profesor Madya Dr. Asri Zainal Abidin suatu realiti tidak dapat dinafikan.

PRU 12, buktinya, di Kelantan Datuk Ibrahim Ali bekas umno yang mulut celapur boleh jadi calon atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas.

Inilah realiti yang berlaku pada PAS miskipun perlembagaannya menetapkan sekurang kurangnya lima tahun menjadi ahli baru boleh jadi calon.

Tetapi pada PRU 10 orang umno yang baru satu hari masuk PAS sudah layak jadi calon. Ini berlaku di Terengganu. Maka tidak mustahil PRU 13 ini akan ada bekas orang umno yang bertanding atas tiket PAS.

Ibrahim Ali yang celupar mulut itu pun boleh diberi kepecayaan bertanding tiket PAS. apalah sangat dengan bekas orang umno yang sudah mula berjinak dengan PAS.

Sehubungan dengan berita bekas Ahli parlimen Kuala Nerus ditawar bertandiing parlimen tersebut semacam ada kebenaranya, miskipun cerita itu tidak masuk akal

Mengapa penulis kata demikian? Kerana pada sidang media dirumahnya, Ustaz Hadi tidak menolak kemungkinan ada calon PAS dari kalangan bekas ahli Umno yang telah meninggalkan parti itu tidak mustahil akan diberi peluang bertanding.

Katanya lagi “Boleh jadi dalam penamaan calon (pilihan raya) ada orang Umno masuk PAS dan tidak mustahil. Besar kemungkinan ada orang Umno masuk PAS, akan jadi calon,”

Ustaz Abdul Hadi, berkeyakinan tinggi pada pilihan raya akan datang terdapat di kalangan calon-calon parti terdiri dari bekas pemimpin Umno yang menyertai PAS.

Tiada ulasan: