"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Macam tak percaya.

Blog paskulai.blogspot.com
DAP telah mengadakan ceramah umum di Indahpura Kulai melibatkan pimpinan tertinggi mereka seperti :
YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng, YB Anthony Loke, YB Kulasegaran, YB Dr. Boo Cheng Hau dan ramai lagi. Pimpinan Pakatan Rakyat yang lain ialah YB Saifudin Nasution, Setiausaha Agung PKR dan Sdr. Mazlan Aliman AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor. Menggunakan trailor sebagai pentas utama, sambutannya amat luar biasa sekali.
Seingat penulis inilah ceramah DAP buat julung-julung kalinya mendapat sambutan hebat daripada pengundi di Kulai. Hampir 3000 orang yang hadir pada malam tersebut. Kebiasaannya DAP terkenal dengan majlis makan malam. Ceramah umum seperti ini jarang dilakukan. Kalau ada pun ia akan diselitkan dengan jamuan makan malam. Penulis sendiri pernah diundang oleh DAP Kulai untuk memberi ceramah kepada masyarakat Cina dan ia diiringi dengan jamuan dan hiburan. Tetapi kali ini ia hanya ceramah umum tanpa jamuan dan hiburan diatas pentas.
Lokasinya juga menyumbang kepada kehadiran orang ramai. Trailor di parkir berhadapan dengan gelanggang yang dahulunya dijadikan tempat permainan go-cart dan drift. Kawasan lapang yang boleh memuatkan ribuan penonton. Kehadiran memang diluar jangka. Penulis hadir agak lewat kerana ada program kuliah isya'. Semasa mencari tempat untuk meletak kereta, dapat disaksikan seluruh kawasan perniagaan disitu telah dipenuhi dengan kenderaan. Kami bernasib baik kerana ada sebuah kenderaan keluar dan ianya betul-betul berhadapan dengan padang tempat ceramah diadakan. Nasib baik, kalau tidak terpaksa berjalan kaki agak jauh.
Dengan tiupan trompet ala BERSIH dan laungan perkataan UBAH, jelas menunjukkan momentum masyarakat Cina untuk membuat perubahan tidak sedikit pun menurun. 80% penonton yang hadir adalah dari kalangan mereka. Selebihnya adalah orang Melayu dan India. Apa yang menarik perhatian penulis pada malam itu ialah kehadiran dari golongan warga emas yang sanggup berjalan kaki dan berdiri semata-mata untuk melihat pemimpin mereka. Kalau dahulu sokongan seperti ini mereka berikan kepada MCA ataupun Gerakan, tetapi kini mereka beralih angin kepada DAP.

Kalau laporan ini sampai kepada PM, maka semakin tak jumpalah tarikh pilihanraya. Manakan tidak, Johor adalah kubu kuat UBN. Kalau kubu kuat UBN dah semakin robek, maka bersedialah PM untuk mengalih tempat DSAI dikerusi pembangkang pada sessi parlimen yang akan datang.

Masyarakat di Kulai semalam menyaksikan trailor DAP, 9 Mac 13 yang akan datang ini mereka akan saksikan trailor PAS pula di Kulai. Mudah-mudahan rempuhan kedua-dua trailor ini akan membuatkan UBN terkulai di Kulai pada PRU ke 13.

TAKBIR !!!

Tiada ulasan: