nordinali
KUALA LUMPUR: PRK Kuala Besut disifatkan pertandingan yang kritikal serta sangat penting kepada Umno-BN dan PR kerana ia mampu menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan negeri, ujar Mohamed Azmin Ali.
Sehubungan itu katanya, pertarungan merebut kerusi itu dijangka sengit khususnya parti pemerintah yang akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi berkenaan daripada dirampas parti lawan.
Apatah lagi, ia melibatkan risiko kehilangan kuasa pentadbiran di negeri itu.
"Bagi Umno, ianya perlu untuk mempertahankan kerajaan negeri, bagi PR ianya amat perlu untuk kita membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru selepas PRK itu.
"Sekiranya PR dapat menawan semula kerusi berkenaan kerana kerusi itu pernah dimenangi oleh PKR pada 1999.
"... ianya tidak mustahil untuk PR sekali lagi mewakili kerusi itu pada PRK akan datang," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui dalam program 'Wacana Ucapan Dasar, Laksana Satu Nyawa' bersama Timbalan Presiden PKR, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas kekosongan kerusi Dun Kuala Besut, Terengganu susulan kematian penyandangnya, Dr A.Rahman Mokhtar dari BN.
Azmin juga tidak menolak kemungkinan PKR akan meletakkan calonnya di kerusi tersebut yang merupakan PRK kali pertama akan diadakan selepas pilihan raya 5 Mei lalu.
Bagaimanapun katanya, keputusan itu hanya akan diketahui selepas satu mesyuarat bersama Majlis Pimpinan PR diadakan dalam masa terdekat.
"Saya yakin kali ini ianya akan menonjolkan satu wakil yang mewakili PR daripada parti yang akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan PR.
"Sebarang keputusan yang bakal diambil adalah tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan akan dibuat dalam Majlis Pimpinan PR," katanya lagi.
Selain itu, Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menggunakan sebaik mungkin platform PRK itu untuk menunjukkan kesungguhan beliau dalam melakukan transformasi pilihan raya di negara ini.
Jika apa yang ditulis oleh Sinar Harian benar, rasanya Azmin Ali tersilap fakta. Mungkin dulu apabila majlis Syura PAS menolak Zulkifli Nordin PKR juga tersilap fakta menyangka Zul Kulim itu adalah ahli PKR!
Untuk makluman Nik Zawawi Nik Salleh (PAS) mendapat 4,426 manakala Wan Zakaria Bin Abd Rahman (BN) 3,939. Ustaz Nik Zawawi mengalahkan calon BN dengan majoriti 487 undi.
Nordin
1 ulasan:
Belum bincang dalam mesyuarat lagi sudah mula mengeluarkan kenyataan PAS nak jadi calun PKR pun nak juga jadi calun macam inikah yang dikatakan muafakat dan sefahaman,tidak bolehkah tunggu keputusan pemimpin dulu selepas itu buat kenyataan bersama barulah nampak yang dalam pakatan rakyat ada persefahaman ,bukannya bila ditanya wartawan masing-masing boleh beri pandangan dan harapan parti masing-masing,nampak sangat kedua-dua parti gila nakkan kuasa,apa yang pengundi hendak ialah kalahkan UMNO dulu lepas itu baru boleh bercakap tukarkankan kerajaan yang zalim ulu baru boleh buat agenda PR,nampak sangat bodohnya orang gila politik nie,rakyat sudah muak dengan gelagat PAS dan PKR semenjak kebelakangan ini,boleh jadi kedua-dua pemimpin PAS dan PKR memang gila kuasa.Kalau baginilah seterusnya keadaan jangan mimpilah PR hendak mentadbir Negara,rakyat sentiasa melihat dan akan buat keputusan,sudah lupakah apa yang terjadi dalam PRU13 dibeberapa kawasan yang boleh dimenangi oleh PR telah diberi percuma pada UMNO diatas kebodohan pemimpin PR,tunggu dan lihat.
Catat Ulasan