"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Larangan memakai pakaian seksi

Pihak berkuasa Bandung semalam mengeluarkan amaran akan bertindak terhadap mereka yang berpakaian seksi di bandar itu sepanjang Ramadan.

Amaran itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa berkenaan berbincang dengan beberapa pertubuhan Islam.

Ia bertujuan menjaga ketertiban dan keselesaan penduduk mengerjakan ibadah puasa.

Dalam pada itu, jurucakap Persatuan Suara Wanita Jawa Barat, Euis S Rifki berkata, kumpulan itu akan membantu pihak berkuasa memastikan larangan berpakaian seksi dan terdedah dipatuh.

“Memang ada orang yang berpakaian tidak sopan berkeliaran di bandar raya ini. Tetapi bila diperlakukan tidak sopan, mereka marah. “Kerana itu kami akan memantau, termasuk menasihati mereka yang tidak mempedulikan arahan supaya bersopan dan menghormati mereka yang berpuasa,” katanya ketika ditemui, semalam.
-AP-

Tiada ulasan: