"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KINI: Mujahidin vs Basyar, ESOK: Mujahidin vs Basyar vs US | Perang Dunia Ke-3 ?

hijabulcrewz
Sesuatu yang mengejutkan bakal berlaku saya kira di Syria jika US benar-benar menyerang Syria. Mujahidin yang sebelum ini berjuang menentang Regim Basyar bakal berjuang menentang US pula. Untuk anda fahami situasi yang bakal berlaku, baca ini:-

Serangan AS ke atas Syria yang berkemungkinan akan bermula dalam masa terdekat apabila pemeriksa PBB meninggalkan Syria ditunda. Belum sempat Obama bertemu Putin pada Rabu ini, Rusia sudahterlebih dahulu mengeluarkan kenyataan akan menyekat serangan menggunakan kuasa veto.

Manakala China telah menasihatkan Amerika supaya menanti laporan dari kumpulan penyelidik PBB. Manakala kumpulan militan Syiah di Iraq juga telah memberi amaran akan menyerang kepentingan Amerika di sana. Malaysia antara negara Islam yang mendiamkan diri.

Parlimen Inggeris pula membuat pungutan suara dan telah mempertimbangkan tuntutan sekutu utama Eropah lainnya, termasuk Perancis dan Jerman, kemudian memutuskan untuk menunda serangan mereka terhadap Syria sehingga terhasilnya laporan para penyelidik PBB tentang apa yang terjadi di Syria.

Walau bagaimanapun Obama masih belum membuat keputusan muktamad. Kekuatan tentera Britain dan Amerika Syarikat kini sepenuhnya di lokasi strategik dan bersiap sedia untuk melancarkan serangan sekiranya diberi lampu hijau. Menurut pakar ianya dalam bentuk serangan peluru berpandu jenis Tomahawk untuk serangan darat, yang mana bakal dilancarkan dari kapal perang atau kapal selam.

Walau AS telah membuat kenyataan secara rasmi bahawa mereka tidak ingin menggulingkan Assad tetapi hanya berniat untuk menyampaikan amaran yang jelas baginya supaya tidak menyerang Israel. Namun Mujahidin sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan Amerika. Bagi mereka Amerika adalah pengecut.

Kebanyakan Mujahidin yang berpengalaman berjihad menentang tentera AS di Afghanistan dan Iraq amat memahami kelemahan AS. Sebelum serangan ke atas Afghanistan, dunia menyaksikan AS pernah bercakap besar untuk mengalahkan Mujahidin dalam masa dua minggu. Namun apa yang terjadi setelah dua belas tahun, AS kini semakin kecut setelah mengalami kerugian besar kerana tentangan sengit Mujahidin semakin hebat.

Apakah peristiwa di Afghanistan ini akan berulang di Syria jika AS berkeras untuk menyerang. Tiada yang mustahil di sisi Allah.

Tiada ulasan: