"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno bimbang pengundi luar Sungai Limau

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Umno Bahagian Jerai gagal mengesan lebih 2, 000 pengundi luar yang berada di sekitar Merbok, Gurun dan Guar Chempedak.

Sehingga hari ini pimpinan Umno bahagian Jerai tidak dapat mengesan mereka, walaupun tahu mereka akan balik mengundi pada 4 November depan.

“Mereka ini tidak dikenali oleh penduduk tempatan, jadi susah untuk mengesan walaupun bercakap dalam loghat Kedah.

“Masalah ini bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada pilihan raya sebelum ini,” kata Ketua Penerangan Umno Jerai, Othman Shafie.

Bagaimanapun, menurut Othman, pengundi luar itu difahamkan merupakan penyokong PAS sejak sekian lama.

Pada pilihan raya umum pada 5 Mei lalu, Tan Sri Azizan Abdul Razak menang dengan majoriti 2,774 undi ke atas calon BN dan dua calon bebas.

Kubu

Pada pilihan raya kecil ini, calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim berdepan satu lawan satu dengan Azam Abdul Samat dari PAS.

Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS di mana Azizan menang sejak tahun 1995. Beliau meninggal dunia pada 26 September lalu.

Bagaimanapun, bekas seorang pemimpin Umno Sungai Limau, Sobry Ahmad berkata, Umno tidak dapat mengesan mereka kerana parti itu tidak mengambil tahu pengundi luar berkenaan.

Katanya, mereka penduduk asal Sungai Limau tetapi berpindah ke Gurun, Guar Chempedak serta Merbok.
Begitupun, mereka tetap merupakan pengundi DUN Sungai Limau.

“Pengundi luar ini akan balik ke Sungai Limau menjelang hari pengundi, jadi jentera Umno tidak dapat mengesan mereka.

“Mereka pula orang PAS, jadi mereka pun dengan sendirinya tidak berminat dengan Umno,” tambah Sobry.

1 ulasan:

melor45 berkata...

UMNOBN jangan dok risau ,dengan usaha dan suapan duit serta projek BN akan menang dengan majoriti yang besar melebehi 5000.