"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemain pertahanan T-Team Ifran Abd Ghani yang berasal dari Johor belot?

t-team
PENGURUSAN T-Team kesal dengan kenyataan pemain pertahanannya Ifran Abd Ghani yang jelas menyebelahi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berhubung insiden perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lepas.

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain berkata, tindakan pemain yang berasal dari Johor itu hanya memburukkan keadaan apatah lagi ia dibuat sebagai memihak pasukan lawan.

Katanya kenyataan Ifran itu menimbulkan tanda tanya kerana pemain itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu.

Irfan mendakwa tidak melihat sebarang kecederaan dialami oleh pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasaan Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT.

"Sebagai pemain simpanan, mereka kebiasaannya memanaskan badan di padang ketika kesebelasan utama menuju ke bilik persalinan pada waktu rehat separuh masa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Syahrizan pemain yang berusia 25 tahun itu juga didapati tidak memaklumkan tindakannya membuat kenyataan itu kepada pengurusan T-Team.

Katanya, perkara terbabit akan dibincangkan dengan pengurusan tertinggi T-Team untuk tindakan susulan.

Hari ini, Irfan telah membuat satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berhubung kejadian Sabtu lalu tanpa pengetahuan pihak pengurusan T-Team.

Pada perlawanan tersebut, T-Team enggan meneruskan saingan babak kedua atas faktor keselamatan selepas mendakwa Rodrigues dan Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan.

JDT mendahului 2-1 pada ketika itu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarakat khas berhubung insiden tersebut esok./Bernama

Tiada ulasan: