"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Mohd Asri Zainul Abidin sindir Langkah Kajang

Bekas Mufti Perlis memberi komen sinis dengan menyatakan nama Kajang tidak lagi diingati mengenai keenakan satenya tetapi membayangkan maksud "sebuah kegagalan".
Sindiran tokoh agamawan itu dipercayai merujuk 'Langkah Kajang' yang dicatur PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan kemudiannya mencetuskan krisis pentadbiran dan pergeseran dalam Pakatan Rakyat.

"Pantasnya dunia berubah... turut mengubah persepsi dan rasa pada tempat dan nama... Dahulu apabila disebut perkataan Kajang maka terbayang gambaran keenakan sejenis makanan...sate Kajang...

"Hari ini apabila disebut Kajang entah mengapa terbayang sebuah kegagalan... Kajang..," tulis beliau di laman Facebook beliau, DrMAZA.com semalam.

Kenyataan itu tersebut mendapat hampir empat ribu "Like" dalam tempoh dua jam pertama dan mengundang pelbagai komen mahupun kritikan daripada pengunjung Facebooknya.

Akaun bernama 'Musafir Lalu' menyatakan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum gagal sebaliknya perjuangan bekas timbalan perdana menteri itu belum selesai.

Manakala 'Ahmad Toha Samsudin' pula bersependapat dengan 'Musafir Lalu' sambil menyatakan kejayaan bakal menanti dalam Langkah Kajang ini.

"Hanya yg berfikiran pendek saja mengatakan ianya kegagalan sedangkan sejarah meaynisiakilakar dan tarbiah mengajar bahawa setiap kegagalan ada kejayaan menunggu."

Sementara itu beberapa pengguna mempertahankan kenyataan Dr Mohd Asri itu.

Nasrul Hakim menulis: "Saya sokong Dr MAZA. Tak pilih bulu. Tegur mana yg tak betul...".

Mohd Khairil pula menyindir mereka yang naik berang dengan kenyataan Asri tersebut.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: