"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Doakan Ahok Mengucap Syahadah

JAKARTA: Peserta Muktamar Muhammadiyah di Universiti Prof Dr Hamka pada Isnin mendoakan pemangku Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama supaya menerima Islam sebagai agamanya.

Basuki yang lebih popular dengan panggilan Ahok mendapat sambutan meriah ketika dia hadir di majlis berkenaan.

Ahok berketurunan Cina dan beragama Kristian namun sejak akhir-akhir ini sering membuat kenyataan positif mengenai Islam.

Malah dia mengaku mempelajari Islam ketika berada di sekolah rendah.

Muktamar itu dihadiri ribuan ulama dan siswa.

Seorang daripada peserta dari Makassar, Ahmad Badawi, 20, mengakui dia malu apabila mendapati pengetahuan Islam Ahok lebih mendalam daripadanya.

Kenyataan Ahmad Badawi disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai.

“Cuma apa yang belum beliau lakukan ialah mengucap kalimah syahadah. Semoga Bapak mendapat hidayah,” katanya.

Sebelum itu, seorang wanita dari Aceh, Irmawati, berkata akhlak Ahok lebih Islamik berbanding beberapa Muslim lain.

“Beliau melambangkan tokoh pemimpin yang diingini Islam, iaitu jujur, boleh dipercayai dan pintar,” katanya.

Minggu lalu sekumpulan pengikut Front Pembela Islam yang beraliran radikal memainkan sentimen bangsa dan agama ketika mengadakan demonstrasi menolak Ahok dilantik sebagai gabenor.

Jawatan itu kosong selepas Joko Widodo memenangi pilihan raya presiden Julai lalu. 
-MStar-

Tiada ulasan: