"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Karier politik Najib meniti saat akhir

HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengizinkan pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan berbilion ringgit akan menjerut lehernya sendiri.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelaburan tersebut mengundang risiko hutang tidak berbayar ke atas kewangan Kerajaan Persekutuan dalam keadaan rakyat diperah membantu mengatasi defisit fiskal dan hutang kerajaan.

“Seandainya Najib gagal bertindak maka beliau bakal dihukum rakyat dalam PRU ke-14. Lebih malang dan menggusarkan lagi buat Najib, pimpnan tertinggi Umno sendiri akan campur tangan bagi menyelamatkan parti mereka,” kata beliau

Beliau berkata, Najib mungkin boleh untuk tidak peduli terhadap kritikan tajam blogger popular pro- Umno tetapi apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut bersuara mengenai 1MDB, ia akan mengundang amarah.

“Saya ramalkan Najib bakal tumbang akibat 1MDB. Namun sukar hendak diramal waktunya secara persis. Lebih selamat kalau saya katakan selewatlewatnya pada Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

1MDB adalah sebuah dana kekayaan negara kedua selepas Khazanah Nasional Berhad.

Kedua-dua dimiliki 100% oleh Kementerian Kewangan dengan Misi korporat kedua-dua adalah “rakan strategik kerajaan bagi membantu menjana ekonomi berpendapatan tinggi, mapan dan inklusif.”

Dari segi tadbir urus kewangan dan prestasinya sangat berbeza. 1MDB adalah sangat tidak telus, berbeza dengan Khazanah.

1MDB sudah empat tahun menanggung kerugian kalau tidak kerana “penilaian semula aset” yang memberi “keuntungan atas kertas.”

Dengan tidak ada penilaian semula, dana pemegangsaham pada hakikatnya ialah negatif RM4.7 bilion.

Oleh sebab hutang terlalu besar pada tahun kewangan 2014, 1MDB gagal menunjukkan keuntungan walaupun kaedah “penilaian semula aset” dibuat juga.

Penilaian semula aset dibuat sehingga ke paras RM896.8 bilion, tetap 1MDB untuk tahun kewangan 2014 menanggung kerugian sebanyak RM665.36 bilion

Tiada ulasan: