"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fitnah Hutan Kelantan Gondol: Gambar Google Ini Jawapan Kepada Shahidan Kasim

Tranungkite
Usaha menyerang dan membuat fitnah kepada kerajaan PAS Kelantan telah dilakukan oleh UMNO tetapi malangnya penyebaran maklumat palsu ini menjadi lebih besar apabila ada dikalangan ahli PAS bukan hendak mempertahankan fitnah ini dengan mencari kebenaran tetapi menyebar luas lagi fitnah ini di whatsapp dan fb dengan meletakkan kesalahan kepada ulama PAS kerana YAB Ahmad Yaakob adalah pemangku Ketua Dewan Ulama PAS.

Apa ahli PAS ini dapat? Apakah mereka tidak tahu tentang dosa dan pahala? Atau mereka tidak tahu tentang amaran Allah bahawa jika kamu terima berita daripada orang fasik hendaklah kamu siasat?

Apabila kepentingan politik telah menjadi lebih penting daripada persahabatan dalam Jamaah Islam fitnah sudah menjadi 'halal' sedangkan mereka ini diantara mereka yang solatnya tidak pernah tertinggal atau terlewat.

Kenapa boleh jadi begini?

Kita tidak hairan yang bunuh Khalifah Islam dulupun bukan orang kafir tetapi mereka yang solat belakang khalifah.

Jika Allah hendak menjadikan kita manusia yang buruk Allah akan semat dihati kita dengan sifat buruk yang suka mencurigai antara satu sama lain. Allah hilangkan sifat kasih sayang dan pemaaf. Allah hapuskan dalam diri mereka ini sifat maaf memaafkan antara satu sama lain diatas kekurangan sesama manusia.

Ya ALlah hidari aku daripada golongan ini, hindari aku daripada groups whatsapp atau fb bersama kumpulan ini.

Sesuangguhnya api neraka ini lebih buruk tempatnya.

## Ada orang kata banjir di Kelantan tahun 1967 juga antara yang terburuk. Adakah masa itu ada penebangan hutan yang tak terkawal?? Kenapa kita nak burukkan kepimpinan Ulama?

Tiada ulasan: