"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengantin lelaki cuba bunuh diri dengan terjun ke dalam tasik kerana bakal isteri hodoh (Gambar)


Shiyan (China): Seorang pengantin lelaki cuba melemaskan dirinya dengan menelangkupkan mukanya ke dalam air, berikutan dipaksa mengahwini wanita yang hodoh.

Kerana terlalu kecewa, lelaki yang dikenali sebagai Kang Hu itu cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik.

Polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan yang mengatakan, bagaimanapun, lelaki berkenaan sempat diselamatkan dan dibawa keluar dari air untuk diberi rawatan dan keadaannya kini dilapor stabil.

Menurut pegawai Hou Kunshan yang menemui lelaki terbabit, dia mengesyaki sesuatu tidak kena apabila melihat seorang lelaki terapung dengan muka mengadap ke bawah air, lapor myMetro Online.

“Apabila mendekati lelaki terbabit, barulah kami menyedari dia cuba membunuh diri,” katanya.

Selepas keadaan lelaki terbabit reda, polis menyoal mengapa dia sanggup berbuat demikian.

Lelaki itu menjawab: “Saya tidak gembira dengan perkahwinan yang dirancang oleh keluarga kerana wajah wanita itu hodoh, dan sebab itulah saya membuat keputusan untuk membunuh diri.”

Tiada ulasan: