"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Monorel tergendala, tayar gerabak terbakar (Video)



KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Monorel dihentikan sementara berikutan tayar sebuah gerabak perkhidmatan itu terbakar dalam kejadian di Stesen Titiwangsa pagi ini.

Ketua Pegawai Operasi Bomba Kuala Lumpur Shamsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan pukul 8.52 pagi tentang kebakaran itu dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

Beliau berkata, sebaik tiba, kesemua penumpang diarahkan keluar dan pihak pengendali monorel diarahkan mengalihkan gerabak yang terbakar ke satu tempat jauh dari bangunan.

“Sekarang operasi memadam masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, 22 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
-Bernama-

Tiada ulasan: