"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!!! Sirul tak bunuh sesiapa ketika jadi bodyguard saya - Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar juga pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi beliau sebelum ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ketika  berkhidmat sebagai pengawal peribadinya, bekas anggota Unit Tindakan Khas itu, tidak membunuh sesiapa.

"Orang yang dikatakan telah melakukannya (pembunuhan) adalah salah seorang pengawal peribadi saya. Sirul menjaga saya pada pada masa itu.

"Dia tak bunuh sesiapa pun ketika itu. Tak mungkin saya (yang arahkan pembunuhan itu)," katanya di majlis dialog yang dianjurkan oleh WYSG (What Youth Should Know).

Dr Mahathir merujuk kepada dakwaan Sirul bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam satu catatan di blognya pada hari Khamis, Dr Mahathir mensasarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana menganggap dakwaan Sirul itu sebagai 'merepek' dan ianya tidak disiasat.

Sirul berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri, semasa pembunuhan itu berlaku pada tahun 2006
-malaysiakini-

Tiada ulasan: