SIBU: Keghairahan berparti sehingga mabuk, enam sekawan di sebuah rumah pekerja kem pembalakan di Murum, Belaga meninggalkan sejarah hitam kepada seorang gadis bawah umur apabila dia terbangun tanpa seutas benang di badan dan mendakwa dirinya telah dirogol.
Paling mengejutkan, gadis berumur 17 tahun itu terbeliak mata selepas mendapati salah seorang lelaki bersama mereka berseronok minum sebelum itu berbaring di sebelahnya ketika bangun dalam keadaan tidak berpakaian.
Insiden itu berlaku pada 22 Mac lalu ketika pengadu berasal dari Sungai Asap, Belaga dikatakan bersama empat orang lelaki dan seorang rakan wanita menikmati minuman keras sejak jam 7 malam sehingga tidak sedarkan diri.
Menurut laporan, pengadu terjaga dari tidur sekitar jam 1 pagi hairan mendapati ada seorang lelaki berada di sisinya dan percaya lelaki itu melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya.
Berikutan dakwaan itu, pengadu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Belaga untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, pengadu juga dirujukkan ke Hospital Bintulu untuk menjalani pemeriksaan perubatan.
Kes dijangka disiasat mengikut Seksyen 376 kerana kesalahan merogol. Ketua Polis Daerah Belaga, DSP Melay Tingom ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut, lapor Utusan Borneo./klpost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan