Malang tidak berbau. seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut akibat terjatuh dari tingkat dua, Kompleks Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur petang tadi.
Kejadian itu menggemparkan pengunjung pusat beli-belah berkenaan dan menjadi bualan hangat netizen apabila gambar berkaitan dikongsi di laman sosial.
Berdasarkan komen, ada yang mengesahkan kejadian berkenaan dan tampil dengan pelbagai ‘fakta’ seperti mendakwa kanak-kanak tersebut berusia 6 tahun, terjatuh ketika berebut wang untuk membeli aiskrim.
Bagaimanapun setakat ini, kami dapati belum ada laporan rasmi disiarkan berkaitan kejadian tersebut.
Rata-rata menzahirkan rasa simpati namun pada masa sama ada juga yang mempersoalkan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku di samping berkongsi cerita tentang kompleks beli belah berkenaan dikatakan memang agak ‘bahaya’ buat kanak-kanak jika tidak dipantau teliti./klpost
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat dua di kompleks beli-belah Kenanga Wholesale City Mall di sini, hari ini.
Insiden itu berlaku kira-kira 3.04 petang ketika kanak-kanak itu, yang dipercayai sedang bermain dengan eskalator, terjatuh hingga ke tingkat bawah.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner (ACP) Zainol Samah berkata, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Nurhayada Sofia Musa, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.
Dia ke pusat beli-belah itu bersama-sama ibu bapanya.
"Punca kejadian masih disiasat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Zainol berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan