"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suri rumah kena cabul ‘pak haji’

JEMPOL: Seorang ibu anak tiga dipercayai dicabul seorang lelaki yang bergelar haji dalam kejadian minggu lalu, di sini.

Mangsa yang berumur 32 tahun itu dikatakan dipukau oleh suspek sehingga menyebabkan dirinya dicabul.

Ketua Polis Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, pengadu iaitu abang dan ayah mangsa membawanya berjumpa suspek berusia 58 tahun untuk mendapatkan rawatan perubatan Islam.

Menurutnya, rawatan berkenaan dilakukan selepas mangsa sukar tidur malam akibat gangguan selepas melahirkan anak ketiga.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dibawa ke surau sekitar jam 11.30 pagi bagi tujuan rawatan dan sebelum ini mangsa telah membuat rawatan sebanyak empat kali.

"Bagaimanapun pada sesi rawatan kelima, suspek telah melakukan rawatan cuci rahim dengan mencabul bahagian alat sulit mangsa, dan mengambil gambar mangsa dengan alasan bagi tujuan rawatan," katanya.

Hamzah berkata, akibat kejadian itu mangsa memaklumkan kepada ibunya kerana berasa sakit di bahagian alat sulit.

“Suspek juga didakwa menghantar gambar dan mesej berbaur lucah menerusi aplikasi whatsapp kepada mangsa," katanya.

Kata beliau, tidak tahan dengan tindakan lelaki itu mangsa kemudiannya buat laporan polis pada Khamis lalu pada jam 8.27 malam.

"Berdasarkan siasatan lanjut, suspek dikenalkan kepada abang mangsa melalui rakannya sejak sebulan yang lalu dan pernah mendapatkan rawatan daripadanya," katanya.

Suspek berjaya ditahan jam 10.23 pagi semalam dekat Batu Kikir dan direman bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
-sinarharian-

Tiada ulasan: