"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!!! Mahathir dedah Najib cuba menyogoknya

Najib cuba sogok saya – Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pendedahan terbaru dengan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak pernah cuba menyogoknya.

Dr Mahathir juga mendakwa sogokan itu dibuat untuk membeli kerjasamanya dan mendiamkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara.

“Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB,” katanya dalam tulisan terbarunya di blog chedet.cc.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau telah menolak sogokan itu berikutan melihat kerajaan telah kehilangan duit dengan sejumlah yang besar akibat daripada kerugian 1MDB.

Katanya, cara Najib mengendalikan isu 1MDB dan RM2.6 bilion membuatkan beliau mahu terus mengkritik sehingga ia diselesaikan.

“Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit Kerajaan berbillion-billion.

“Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila 2.6 billion Ringgit tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.

“Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, Perdana Menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun Perdana Menteri Malaysia tidak harus memiliki 2.6 billion Ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menafikan bahawa beliau mengkitik Najib disebabkan kecewa selepas permintaanya tidak ditunaikan.

Katanya, kritikan terhadap Najib itu hanyalah semata-mata bagi memperjuangkan hak rakyat dan negara.

“Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran Kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya diwaktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak.

“Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam Kerajaan. Tak hutang.

“Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam Kerajaan saya pulangkan balik kepada Kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman Perdana Menteri lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara,” ujarnya
-fmt-

Tiada ulasan: