Dakwaan Zuhdi terhadap DAP cerita lama UMNO
PETALING JAYA: Dakwaan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki sekiranya DAP berjaya menawan Putrajaya, mereka akan membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini adalah cerrita jajaan UMNO yang sudah lapuk.
Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah berkata, ia merupakan cerita lama UMNO yang tersebar sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tetapi senyap selepas itu.
“Apakah Zuhdi telah ketandusan idea dan diberi pinjam idea itu oleh UMNO? Maklumlah ini zaman era baru kerjasama ‘you help me i help you’.
“Atau adakah Zuhdi diarahkan oleh UMNO? Dia merupakan insan yang sangat bertuah kerana walaupun bertahun-tahun menjadi Pengarah Strategi Pas, dia masih diboleh mengajar di universiti kerajaan UMNO.
“Sangat istimewa kedudukannya. Seperti dikatakan oleh Datuk (Seri) Najib (Tun Razak) dahulu, ‘you help me, i help you,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu, Raja Kamarul Bahrin yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu turut meminta pandangan Zuhdi mengenai keistimewaan syarikat negara China yang dibenarkan memiliki 100 peratus Stesen Tenaga Elektrik Strategik Negara walaupun bertentangan dengan amalan keselamatan negara.
Menurutnya, syarikat negara China juga dibenarkan memiliki tanah strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyelamatkan syarikat berkenaan.
“Bukankah pihak UMNO dan ultra Melayu sahabat Zuhdi begitu bersangka buruk kepada Cina rakyat Malaysia sendiri sehingga berbagai tuduhan dikeluarkan?
“Kenapa mesti ‘double’ ini?
“Kenapa buruk sangka kepada Cina tempatan rakyat Malaysia dan baik sangka dengan Cina Negara Komunis?,” tanya beliau.
Dr Mohd Zuhdi baru-baru ini mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi PRU-13.
Antara syarat tawaran berkenaan dikatakan termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya
-fmt-
2 ulasan:
Pendedahan ini drpd mohamad razali,bekas pembantu KM LGE (dap- hal ehwal melayu)..mohon polis siasat kerana org kafir mmg bersatu dibwh zionis dan nasara utk hancurkn islam.
Bravo bravo pembela DAP yg terang2 anti hudud
Catat Ulasan