"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Orang ini dikatakan bakal pengganti Zeti?

FMT Reporters
Mohd-Irwan-Serigar-Abdullah
PETALING JAYA: Ketua Profesional Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah merupakan nama yang disebut-sebut untuk menjadi Gabenor bank Negara menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang akan mengundurkan diri bulan depan.

Memetik laporan Reuters, nama Irwan itu berada dalam senarai pendek beberapa individu yang dicalonkan.

Bagaimanapun, sebelum ini Zeti pernah memaklumkan bahawa beliau lebih suka orang yang akan mengambil alih tempatnya dipilih dari calon dalaman.

Empat calon lain yang turut dikaitkan dengan spekulasi bagi mencari pengganti Zeti adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Timbalan Gabenor, Datuk Muhamad Ibrahim, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Husin dan seorang lagi Timbalan Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunos.

Mohd Irwan kini adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, yang diketuai oleh Perdana Menteri Najib. Beliau juga adalah ahli lembaga penasihat untuk 1MDB.

Manakala, Zeti adalah empat daripada ketua agensi kerajaan yang terlibat dalam satu pasukan yang ditubuh pada tahun lepas untuk menyiasat hal ehwal kewangan dan pelaburan syarikat 1MDB.

Tiada ulasan: