LOUISVILLE: Lebih 14,000 orang menunaikan solat jenazah untuk legenda tinju dunia, Muhammad Ali di kampung halamannya di sini, Kentucky.
Pengasas Sekolah Muslim Liberal di Zaytuna College, Berkeley, California, Imam Zaid Shakir mengetuai solat jenazah itu.
Beliau melaungkan “Allahu Akbar” dan bacaan ayat al-Quran di depan keranda jenazah Ali yang diselimuti kain warna hitam dan emas.
Ali, juara tiga kali tinju heavyweight dunia terkenal sebagai ahli sukan dengan kelincahannya di dalam dan luar gelanggang.
Beliau yang meninggal dunia Jumaat lalu pada usia 74 tahun juga dikenali sebagai aktivis politik dan pejuang hak asasi manusia.
Ramai yang terpikat dengan Ali kerana menjadikan Islam lebih diterima di AS dan menjadikan orang Islam di negara itu sebagai pejuang yang sama kedudukannya dengan warga Amerika lain.
Presiden Barack Obama dalam akaun Facebooknya yang disiarkan secara langsung dari Rumah Putih memberi ucapan takziah sambil memegang senaskhah buku, “GOAT: A Tribute to Muhammad Ali,” dan menandatangani sepasang sarung tangan tinju yang diberikan oleh Ali kepadanya.
“Amat jarang sekali seorang tokoh mencetuskan satu imaginasi kepada seluruh dunia. Dia adalah antara salah seorang dan dalam buku saya ini dialah sentiasa yang terhebat,” kata Obama.
Ali dijangka dikebumikan lewat hari ini selepas satu upacara penghormatan awam yang dijangka turut dihadiri bekas Presiden AS, Bill Clinton, Presiden Turki, Tayyip Erdogan dan pelawat terkenal, Billy Crystal yang berlangsung di KFC Yum Center.
“Ali tidak akan ‘mati’. Semangatnya terus hidup,” kata promoter tinju, Don King kepada Reuters dari Freedom Hall, kompleks di mana Ali menumbangkan Willi Besmanoff pada 1961, iaitu pertarungan terakhirnya di Louisville.
Mereka yang turut memberikan penghormatan terakhir ialah pejuang hak asasi AS, Jesse Jackson dan penyanyi Yusuf Islam, yang sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens.
-Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan