Terpaksa berhenti di tepi lebuh raya, ‘wabak’ Pokemon undang bahaya?
ARIF ATAN
Nahas jalan raya selepas ini dibimbangi bakal berpunca daripada ketagihan Pokemon
Golongan muda terutamanya dilihat mulai dilanda ‘wabak’ ketagihan permainan telefon bimbit baharu, Pokemon Go apabila mulai dilancarkan secara rasmi di Malaysia semalam.
Laman Facebook, Pokemon Go Malaysia setakat hari ini dengan lebih 59,000 pengikut turut memuatkan perkongsian pengalaman mereka yang cuba untuk menangkap makhluk animasi tersebut.
Antaranya, Khalif Samsudin ketika dalam perjalanan dari Bangi ke rumahnya di Shah Alam melalui Lebuhraya Baru Pantai lewat tengah malam tadi.
“Terpaksa stop tepi highway (bagi signal walaupun tetap salah) just untuk tangkap this majestic creature Pikachu!” akuinya meceritakan pengalamannya mencari dan menangkap karakter maya Pokemon seperti Pikachu di lokasi alam nyata.
Sementara itu, pengguna Facebook, Ainul Azie Azuren mengakui seronok dengan permainan yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi Android atau telefon iPhone itu.
“Wah, bestnya dapat Pikachu. First time main jadi ketagih. Lepas ni kena slow down sikit. Memang bahaya, haha,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Facebook ‘Pokemon Go Malaysia’ juga menjadi ruang bagi ramai lagi anak muda berkongsi cara dan tips permainan berkonsepkan integrasi dunia nyata dan maya itu.
Selepas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengumumkan pengharaman Pokemon Go dan Pokemon itu kelmarin, Kelantan akan memutuskan status permainan siber itu bulan depan manakala Kedah pula akan menelitinya lebih lanjut.
-malaysiadateline
* Silalah baca surah Al-Asr
* Silalah baca surah Al-Asr
سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
Surah Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan